Thursday, August 18, 2011
TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG
"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan
cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan
perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan menyerahkan
memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong
, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini
khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat
Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk
menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru didalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik
menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah
dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi tidak membawa
kemusnahan negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut
dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana
keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi
sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan
segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana
dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak
mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam
keadaan bermusuhan sesasama sendiri ataupun sebahagiaan
rakyatnya bermusuh dengan kerajaaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat
bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan
tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ,
'Yang DiKejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'
Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan
daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama
memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuatkan
negara berada terkebelakang. Ingatlah, 'Bumi mana yang tidak
ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.'
Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang
telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara."
Sekian,
"DI MANA BUMI DIPIJAK , DI SITU LANGIT DIJUNJUNG!"
DAULAT TUANKU!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment