Sunday, August 28, 2011
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA RAJA DAN PEMIMPIN
Semenjak tahun lepas aku menghantar kad ucapan Hari Raya
dan Ucapan Kemerdekaan kepada semua Raja dan beberapa orang
Pemimpin Negara.
Aku hantar kad ucapan Hari Raya dan Ucapan Kemerdekaan kerana
aku terlalu menyayangi Raja-Raja dan Pemimpin Negaraku.
Raja-Raja dan Pemimpin adalah Kurniaan Allah untuk negaraku
yang harus aku hargai dan hormati sepanjang hayat hidupku.
Karya-karyaku banyak berkisar kisah Raja dan Pemimpin.
Samada berbentuk realiti atau dongengan.
Kisah Raja antaranya Putera Duyung, Cinta Si Naga Sakti Dengan
Si Puteri Bunian, Pengantin Raja Rimba, Puteri Arnab , Putera Lilin
dan lain-lain lagi.
Kisah realiti Raja-Raja Kesayangan Rakyat 1Malaysia, Syair Tuanku
Mizan, Bergambar Kenangan Bersama TYT Di Istana Negeri Sabah ,
Tengku Ady Syah Putra (Kisah 5 orang anak-anak Raja berasal dari
Indonesia yang berhijrah ke Malaysia dan lain-lain lagi.
Dalam kad Raya yang dihantar kukarangkan serangkap pantun untuk
setiap Raja yang kukasihi dan aku mengambil kesempatan mempromosikan
blog-blogku...bertujuan mahu semua Raja dan Pemimpin menghayati
karya-karyaku. Terasa satu kepuasan apabila Raja dan Pemimpin sudi
membaca blogku.
Lebih mengharukan lagi kad Ucapan Rayaku di balas semua Raja-Raja
dan Pemimpin. Bagaikan mimpi kurasakan.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Raja dan Pemimpin.
Karya: Ummu Sal
28 Ramadhan 1432H
28 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment