Saturday, March 12, 2011

Naluri Seorang Rakyat Kepada Pemimpin


Duhai para pemimpin
tidak kira apa saja
jawatan yang disandang
tika ini, tak kira dari parti mana
yang penting ikhlas memikul
tanggungjawab yang
dipertanggungjawabkan.

Di Parlimen
Dewan Yang Mulia
rakyat memperhatikan
para pemimpin yang bijaksana
lagi arif membicarakan nasib
rakyat yang ingin dibela.

Kenapa mesti ada
perbalahan di Dewan
Yang Mulia?
Adakah  perbalahan itu
penting  untuk rakyat dan
Negara?
Kalau penting kenapa
diperdebatkan dengan
cara  rakyat sendiri pun
tidak faham?

Duhai para pemimpin
jangan perkecilkan
suara-suara rakyat
tidak kira siapa pun
dia perlu diambil
perhatian.

Biarpun  rakyat tidak pandai
bersuara kerana siapalah
dia… jangan sekali
dipandang  sepi
kerana rakyat
memperhatikan,
mengamati,
memahami siapa pemimpin
sebenar yang mereka perlukan.

Nanti pasti bila
tiba masanya
waktu mengundi
kuasa rakyatlah
yang menentukan
siapakah pemimpin
yang layak memimpin mereka.

Suara rakyat...
kehendak rakyat...
pembelaan kehidupan...
kemiskinannya...
Jerih payahnya
telah dipertaruhkan
kepada pemimpin
yang  benar-benar
memahami kehendak
sebenar seorang rakyat
kerana di tanah air yang bertuah ini
dia dilahirkan dan
dikebumikan di sini.

Tiada harta yang hendak
diwariskan kepada
pewarisnya nanti kecuali
tanah air yang bertuah ini
Malaysia  Negaraku yang tercinta!

Karya:   Ummu Sal (5.2.2011)

0 comments:

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©