Aku bukanlah seorang perwira…
Yang gagah perkasa bersenjata.
Aku bukanlah hartawan untuk
membeli keperwiraan.
Aku tak punya apa-apa…
Cuma wanita lemah tapi
bangkit dengan satu semangat
juang yang tak pernah padam!
Aku dihujani peluru kemiskinan!
Aku dihujani peluru penghinaan!
Hinggakan aku lemah untuk terus bangun
disebabkan di segenap penjuru dihujani
peluru kemiskinan dan penghinaan!
Dalam serba tidak keupayaan aku bangun
sendiri dek terpanggil semangat juang yang tinggi.
Suara-suara yang tidak
dikenalilah yang membuatkan
aku terus berjuang!
Merekalah yang telah meyakinkan aku…
Aku boleh! Aku boleh! Aku boleh!
Terima kasih suara-suara!
Aku amat menghargainya!
Yang aku korbankan bukan untuk diriku
tapi untuk negaraku!
Untuk pewarisku yang akan
mewarisi negaraku yang tercinta ini!
Yang aku mahu…
Bila ketiadaanku nanti…
Suara-suaraku masih
lagi kedengaran di setiap pelosok
negaraku yang tercinta ini!
Aku pesankan kata-kata azimat
buat pewarisku tercinta…
Hargailah Kemerdekaan!
Akan Merdeka Selamanya!
Aku Sayang Negaraku!
Aku Sayang Pewarisku!
Aku tidak akan maafkan diriku
jika negara ini dijajah semula!
Selagi ada bulan dan matahari…
Negaraku akan terus mengibarkan Jalur Gemilang!
Berkibarlah! Terus Berkibar!
Dengan Megah! Gagah! Dan Bangga!
Karya: Ummu Sal
31 Ogos 2010 (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)
Saturday, March 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment