Thursday, August 18, 2011
PANTUN TUN HUSSEIN ONN BAPA PERPADUAN
Tun Hussein Onn anakanda Dato’ Jaafar,
Bondanya Datin Halimah Hussein;
Memerintah negara penuh sabar,
Tidak pernah bosan dalam perjuangan.
Di masa muda ilmu penuh di dada,
Menyertai pasukan tentera sebagai kadet;
Mengharumkan nama negara di persada,
Mengamalkan keadilan dalam politik.
Menyertai Rejemen Hyderabad semasa peperangan,
British melantik pengajar Latihan Polis Malaya;
Berjiwa patriotik jauh pandangan,
Ingin melihat Malaysia berjaya.
Pulang ke Tanah Air dilantik sebagai komandan,
Berkhidmat di Depoh Polis Johor Bahru;
Melaksanakan tugas penuh beradap sopan,
Menyandang jawatan tak pernah jemu.
Pernah juga menjadi Pegawai Daerah,
Bertugas di Klang dan Kuala Selangor;
Menjalankan tugas penuh amanah,
Galakkan pekerja bersikap jujur.
Semangat nasionalisme menebal di jiwa.
Berasal keluarga yang kuat berpolitik;
Meletakkan jawatan kerajaan demi Negara.
Ke mana pergi berjiwa patriotik.
Tahun 1949 menjadi Ketua Pemuda,
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu;
Berjiwa patriotik nampak muda,
Perjuangan sentiasa mendapat restu.
Tahun 1968 kembali berpolitik,
Tahun 1969 menjadi Menteri Pelajaran;
Ingin memupuk masyarakat majmuk,
Rakyat bersatu dalam perpaduan.
2 Ogos 1973 menjadi Timbalan Perdana Menteri,
15 Januari 1976 menjadi PM setelah kematian Tun Abd Razak;
Menjadi Perdana Menteri sudah terpatri,
Bertambah kukuh kuasa politik.
Ketegasan memupuk semangat perpaduan,
Keseimbangan ekonomi rakyat menjadi perhatian;
Antara kaum biarlah kesamarataan,
Barulah masyarakat harmoni berpanjangan.
Tun Hussein Onn kenalkan konsep Rukun Tetangga,
Agar rakyat hidup aman harmoni;
Keadilan memerintah amat dijaga,
Pelbagai kaum bersatu hati.
Diperjuangkan juga ancaman terhadap dadah,
Itulah asas benteng Negara;
Belia negara janganlah musnah,
Hidup rakyat aman sejahtera.
Angkatan bersenjata Malaysia diperbesarkan,
Dipermodenkan dengan senjata canggih;
Untuk melindungi Negara daripada ancaman,
Musuh yang datang terus disanggah.
1971 Tun Hussein menjalani pintasan koronari,
Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri;
Faktor kesihatan mengundur diri,
Demi rakyat dan Negara berkorban diri.
Jawatan diambil oleh Tun Mahathir,
Dilepaskan jawatan dengan rela hati;
Ramai menteri datang hadir,
Titisan air mata terharu bekas Perdana Menteri.
Selepas bersara memberi sumbangan,
Kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan;
Biar perjuangan terus berpanjangan,
Demi rakyat dan Negara tidak diabaikan.
29 Mei 1990 Tun Hussein Onn menghembus nafas terakhir,
Sewaktu berusia 68 tahun;
Rakyat tangisi pemimpin bersifat jujur,
Diingati jasa sepanjang zaman.
Disemadikan pada hari Jumaat,
Di Makam Pahlawan Masjid Negara Kuala Lumpur;
Didoakan tergolong hamba yang taat,
Bunga-bunga kemboja terus ditabur.
Tun Husssein Onn pernah berpesan,
Jangan ditangisi permegiaannya nanti;
Mahukan anakanda teruskan perjuangan,
Demi kerana negara amat dicintai.
Anakanda Hishamuddin mewarisi bakat,
Kepimpinan ayahanda Tun Hussein Onn;
Berjiwa patriotik berjiwa rakyat,
Agar negara pesat membangun.
Karya: Ummu Sal
31 Ogos 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment