Saturday, August 27, 2011

GURINDAM SEORANG PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT



BALASLAH BAKTINYA DENGAN SYURGAMU

Subhanallah
sejuk perut ibumu
mengandungkanmu
melahirkanmu
membesarkanmu
mendidikmu
dengan ilmu dunia
jua ilmu akhirat
kau menjadi
anak yang soleh

Alhamdulillah
Syukur padaNya
kerana dikurniakan
seorang anak
yang berjiwa pemimpin
sanggup berkorban
demi rakyatnya
suka duka bersama
derita rakyat
air mata rakyat
pemasalahan belia Sabah
ingin dikongsi bersama
lalu difikir
diselesaikan dengan
semampu mungkin
sekudrat pemikiran
diperah habis
peluh setitik
tidak dipersiakan
kerana terlalu
amat berharga
untuk rakyat tersayang
untuk negara tercinta
maka bergemalah
lagu patriotik
'Kusayaang Rakyatku DemiNya'
di setiap pelosok daerah
di bawah pimpinanmu
dan disahut penuh gemuruh
lagu rakyat untuknya
'Pemimpin Kasihmu Abadi Di Hati Kami'
Dan siapa yang mendengar
pasti mengharu-birukan kalbu
lalu menangislah
pemimpin kesayangan rakyat itu
bersama-sama dengan rakyatnya
lalu mengundang rahmat
Tuhan Yang Menguasai Langit Dan Bumi
Suasana sepi seketika
Bertafakur dalam kesyukuran padaNya

Allahu Akhbar
Dengan KebesaranMu Tuhan
Kau Kurniakan seorang pemimpin
Berjiwa Rakyat
Kami Syukuri Dalam Sujud!

Kami sayang pemimpin kami
Hadirnya kami hargainya
Perginya kami iringi doa restuMu
Kau balaslah segala bakti ikhlasnya
Dengan SyurgaMu
Dan kami ingin bersamanya di Syurga juga
Amin Ya Rabbal A'Lamin

Karya: Ummu Sal
24 Ramadhan 1432H
24 Ogos 2011

0 comments:

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©