Saturday, September 17, 2011

HIKMAH DI SEBALIK MENGHADIRI UPACARA SAMBUTAN HARI MALAYSIA & HARI KEMERDEKAAN NEGARA DI DATARAN MERDEKA (BAHAGIAN II)


Sememangnya aku telah berjaya mengambil gambar-gambar
Sambutan Hari Malaysia Dan Kemerdekaan Negara tapi dalam
keadaan yang amat tertekan sekali...sepanjang aku mengambil
gambar ... aku tak henti diherdik dan dihina oleh mereka.
Serasa bom-bom dari langit digugurkan ke atasku.

"Dia ni memang degil! Jenis tak dengar kata..." katanya dengan
nada yang terlalu amat marah.

Duhai insan yang dimuliakan... kerana kedegilan para pejuang untuk
menuntut kemerdekaanlah makanya Malaysia Merdeka hingga sekarang.
Kenapa setelah Malaysia merdeka ... kamu yang berunifom patriotik
tega begini padaku? Apakah kesalahanku membuatkan kalian benci
sangat padaku. Jahat sangatkah aku ini. Salahkah aku menunjukkan
semangat patriotikku pada negaraku yang tercinta? Aku sedar siapa
aku tidak segagah dan sehebat keperwiraanmu.... tapi ketahuilah kau
darah yang mengalir di tubuhku ini tak dapat hendak kupalsukan lagi.
Semangatnya datang bukan kupinta tapi datangnya dengan kehendak
Tuhanku makanya aku bersemangat sedemikian rupa. Apapun maafkan
atas kedegilan aku duhai perwiraku yang setia menjalankan tugasanmu.

Tanpa kuduga puteri sulungku membaca artikelku yang disiarkan di
blogku.

"Ibu...boleh tak ibu jangan buat kerja-kerja ini lagi? Tengok
apa yang ibu dapat? Tolonglah ibu...hentikan...Zana tak mahu
ibu diperlakukan sedemikian rupa. Dah bertahun ibu perjuangan
tapi adakah ibu dihargai mereka?" rungut puteri sulungku.

"Ibu lakukan bukan untuk dihargai ... apa pun terjadi ibu akan
teruskan."

"Ibu...ibu....ibu...ha...Galeri Patriotik Dan Sastera Ibu tu
tidak menguntungkan...sewaan bulanan hendak dibayar juga...
sumber kewangan Zana terlalu terhad...hendak menampung kos
galeri ibu."

"Jangan diungkit Galeri ibu tu...Galeri ibu adalah kehidupan
ibu...perjuangan ibu...denyut nadi ibu...cita-cita ibu ...
apapun terjadi ibu akan pertahankan..."

"Ibu.....ibu...kenapa Zana tak ada semangat macam ibu ni...
terus terang Zana katakan, Zana tak ada jiwa macam itu ...tapi Zana
cadangkan ibu tubuhkan Kelab Patriotik ...mana tahu di luar sana ramai
yang berjiwa macam ibu dan akan menyokong buku-buku patriotik
ibu ....bila ada aktiviti Sambutan Kemerdekaan ibu boleh bersama
dengan ahli kelab ibu meraikan bersama-sama dengan jiwa dan semangat
merdeka sebenarnya! Tentu ibu bahagia dan bermakna kan! Ha satu lagi
ibu tubuhkan Kelab Sasteraku Duniaku!Ibu akan dapat rakan-rakan yang
semuanya minat berkarya macam ibu...saling sokong menyokong di antara
satu sama lain dan tak ada langsung beriri hati....semuanya saling
menghargai di antara satu sama lain. Tentu ibu akan sukakan?

"Wau...! Fantastik idea mu nak...! Tapi kalau ideamu itu jadi realiti
macam mana dengan kita? Tentunya ibu akan menjadi seorang yang paling
sibuk sekali...Dah bersedia ke terima ibu menjadi seorang yang sibuk
sentiasa...."

"Ibu...sudah 26 tahun ibu bersama Zana ...selama ini ibu sudah
korbankan segala cita-cita ibu demi Zana dan adik ...takkanlah
Zana nak menyekat apa yang ibu citakan selama ini. Demi cita-cita
ibu Zana sokong kerana Zana tahu kebahagiaan ibu ada pada segala
cita-cita ibu."

"Terima kasih anakku...kerana sudi memahami apa yang ibu inginkan
dalam hidup ini. Moga Allah membalas segala kebaikanmu sepenuh
bumi, mengabulkan segala hajatmu yang baik-baik dan memberi kebahagiaan
dunia akhirat untuk mu anakku. Amin Ya Rabbal A'Lamin.

Karya Ummu Sal
17 September 2011
Like · · Unfollow Post · a few seconds ago near Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©