Thursday, September 15, 2011

PM KE-6 PENCETUS GAGASAN 1MALAYSIA


Kau seperti sebutir bintang
yang turun ke bumi menyinari
hidup setiap rakyat Malaysia!

Kau kata,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan." kata-kata itu
membakar semangat setiap rakyat
yang lesu dan bisu sekian lama.

Setiap butiran kata-katamu
menjadi keramat setiap
yang mendengar...
Mereka terpaku!
Bukan kaku!
Mereka terus bangun dari lamunan mimpi
yang kini bukan mimpi tapi realiti!

Kau menggerakkan barisan kabinetmu
agar memberi khidmat bakti kepada rakyat
tak kira penat lelah asalkan nasib rakyat terbela.

Kau arahkan semua pentadbiran kerajaan
memahami denyut nadi rakyat!
Kata-kata itu bukan hangat-hangat tahi ayam.
Akan dibuktikan!
Lihatlah nanti!

Telah tercatat Di Sana, kau adalah
pewaris bangsa yang dinanti-nantikan
sejak sekian lama.

Kau pembawa pemikiran di luar kotak.
Bakat kepimpinan yang kau warisi
daripada ayahanda Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Kedua telah sebati
dalam jiwamu.

Kau mahu rakyat dan kerajaan
bersatupadu merealisasikan sebuah
kerajaan yang aman makmur bersatu
demi kepentingan rakyat dan negara
tercinta!

Kau peka dengan setiap masalah rakyat,
masalah rakyat adalah menjadi masalahmu
dan ingin diselesaikan agar tiada satu pun
yang tercicir daripada arus pembangunan.

Siapa sangga kau yang mempunyai kuasa kerajaan
memerintah nombor satu mempunyai sikap seperti
rakyat biasa yang tak punyai apa-apa.
Menyelami dan memahami keluh kesah rakyat adalah
satu perkara yang mahu kau kongsi dan tangani
bersama.

Demi rakyat tercinta , kau gunakan segala kudrat
yang ada untuk terus berkhidmat dengan senyum
gagah seorang perwira yang sedia berjuang dan
membantu!

Setiap keluh kesah rakyat membuatkan
kau gelisah dan bukan kosong mendengar
tetapi membantu selagi mampu.

Jerih perih rakyat adalah bebanan yang
kau pikul untuk dikongsi bersama.
Senyuman rakyat adalah satu
kepuasan buatmu!

Pening! Memang pening...
Bagaimana hendak memikirkan
setiap masalah rakyat yang ingin
dikongsi bersama tapi berkat
kesepakatan barisan kabinetmu kau
pasti berjaya! Insya-Allah.

Lihatlah rakyat Malaysia!
Siapakah PM ke-6 ini?
Yang berhati waja lagi mulia
yang sedia mendengar setiap
rintihan kalbu rakyat Malaysia
tak kira kaum,"1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan".

Bersyukurlah banyak-banyak kerana kita
dikurniakan seorang pemimpin
yang memahami setiap denyut nadi rakyat Malaysia.

Terima kasih PM ke-6.
Pasti nanti negara tercinta ini
mempunyai rakyat yang bersatu padu
dalam ungkapan,'1Malaysia,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'.

Karya: Ummu Sal
31 Ogos 2010
Like · · Unsubscribe · August 27 at 10:43am

Datuk Mohd Jeffry Rosman, Adie Adnan and 2 others like this.


Datuk Mohd Jeffry Rosman Salam , perjuanganmu dalam memartabatkan
ayat ayat gurindam ini amat amat saya alukan dan hargai kerana
dari ayat tercetus rasa perjuangan itu..saya akan terus berkhidmat
dalam memartabatkan masyarakat..biarpun saya dicemuh dan dicerca..
Allah tahu akan fisabilillah itu..saya berpegang kepada ALIFF...
biar apapun yang menerjah takkan saya goyah dengan segala rintangan
hasutan jahat itu..natijahnya saya sudah hampiri tali kemenangan itu..

August 27 at 6:14pm · Unlike · 2 people

Ummu Sal Amin Ya Rabbal A'Lamin..kemenangan datuk adalah kemenangan rakyat...
Allah sentiasa bersamamu datuk . Hidupmu sebagai pahlawan matimu sebagai syuhada.

August 27 at 6:20pm · Like


(PETIKAN DARIPADA SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI)
27 Agos 2011

0 comments:

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©