BERBALAS PANTUN TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT SEJAHTERA
DENGAN AYAHANDA CHIK
Ayahanda Chik :
Biduk berlalu kiambang bertaut,
Hanyut perahu menuju muara;
Salam dihulur merdeka disambut,
Akrabnya ukhwah, sejahteralah Malaysia.
6 hours ago · Like
Ummu Sal:
Transformasi Berjaya,
Rakyat Sejahtera;
Hargai Merdeka,
Sejahtera Malaysia.
6 hours ago · Like
Ayahanda Chik:
Hanyut perahu menuju muara,
Jalur gemilang berkibar megah;
Akrabnya ukhwah, Sejahtera Malaysia,
Demi maruah bangsa yang gagah.
6 hours ago · Like
Ummu Sal:
Demi maruah bangsa yang gagah,
Rela kutempuhi onak dan duri;
Agar Malaysiaku terus megah,
Dijajah semula rakyat yang rugi.
6 hours ago · Like
Ayahanda Chik:
Jalur gemilang berkibar megah,
Ditiup angin sepoi bahasa;
Demi maruah bangsa yang gagah,
Bekalan warisan anak-anak merdeka.
5 hours ago · Like
Ummu Sal:
Bekalan warisan anak-anak merdeka,
Disanjung dipuja setiap masa;
Semangat patriotik tertanam di jiwa,
Anak-anak pasca merdeka pasti berbangga.
4 hours ago · Like
Ayahanda Chik;
Ditiup angin sepoi bahasa,
Terasa sejuk menyapa muka;
Bekalan warisan anak-anak merdeka,
Kukuh perpaduan demi 1 Malaysia.
4 hours ago · Like
Ummu Sal:
Kukuh perpaduan demi 1 Malaysia,
Tiada makna jika hati penuh kepalsuan;
Mencintai negara terus membara,
Salam perpaduan penuh keikhlasan.
4 hours ago · Like
Ayahanda Chik:
Terasa sejuk menyapa muka,
Mudik perahu singgah di kuala;
Kukuh perpaduan demi 1 Malaysia,
Negara maju aman sejahtera.
4 hours ago · Like
Ummu Sal:
Negara maju aman sejahtera,
Berkat kepimpinan yang utamakan rakyatnya;
Perpaduan terbentuk demi cintakan negara,
Transformasi berjaya rakyat sejahtera.
about an hour ago · Like
Ayahanda Chik:
Mudik perahu singgah di kuala,
Teringat kekasih jauh di mata;
Negara maju aman sejahtera,
Malaysia perkasa di persada dunia.
about an hour ago · Like
Ummu Sal:
Aman bahagia rakyat sejahtera,
Rakyat sepakat dalam perpaduan:
Pelbagai kaum meraikan 1Malaysia,
Malaysia berada di puncak kejayaan.
Karya bersama Ummu Sal & Ayahanda Chik
17 September 2011
Saturday, September 17, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment