Wednesday, September 14, 2011

PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA


Sultan Mizan Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tecinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.

Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
Kepentingan rakyat amat dirasai;
Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
Sejak generasi dahulu hingga kini.

DYM Sultan Selangor Raja dihormati,
Disanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
Budi disemai Allah berkati,
Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
Kebajikan rakyat amat diutamakan;
Bertuah sungguh rakyat Pahang,
Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
Tuanku disanjungi dan disayangi rakyat Perak.

Sultan Kedah amat dihormati,
Menabur budi tidak terhingga;
Ke mana pergi rakyat mentaati,
Rakyat Kedah amat berbangga.

Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
Kepentingan rakyat amat dijaga;
Masalah rakyat diberi perhatian,
Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat bekerjasama.

Negeri Terengganu pesat membangun,
Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
Tengku Muhammad bersopan santun,
Rakyat Terengganu amat terpesona.

Karya Ummu Sal
15 September 2011
(Diilhamham Sempena Meraikan Sambutan Hari Malaysia Ke-48 Pada 16 September 2011
& Sambutan Kemerdekaan Malaysia Tercinta Ke-54 Pada 31 Ogos 2011 Yang DiRaikan
Serentak Pada 16 September 2011)

DISIARKAN ISTIMEWA UNTUK TATATAPAN:

SEMUA DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA MEMERINTAH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
SEMUA YAND DI-PERTUA NEGERI
SEMUA PEMIMPIN KERAJAAN DAN PEMBANGKANG
SEMBANG-SEMBANG POLITIK TERKINI
TEGUR - ADUAN RAKYAT SABAH
YOUTH ONE STOP CENTRE
DIALOG RUMAH SASTRA BORNEO
SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERJIWA PATRIOTIK
Blog: sasterakuduniaku.blogspot.com
Blog: bukukreatifpatirotik.blospot.com
Like · · Unfollow Post · 3 minutes ago near Kuala Lumpur
Like · · Unfollow Post · a few seconds ago near Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©