Sejak berkurun lamanya tapak sulaiman
berada di dasar laut.
Tiba-tiba terdetik di hati tapak sulaiman,
‘Sampai bila aku jadi begini?’
Di dasar laut cuma nampak bebayang
bintang-bintang disimbahi cahaya rang bulan.
“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak sulaiman
mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.
Setiap hari tapak sulaiman
terus mengeluh...
Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.
“Kau siapa?
Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini… Tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku.. Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan
seluruh penghuni laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .
“Engkau jangan memperlekeh
cita-cita aku. Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit tapak sulaiman
memecah ketenangan malam itu.
Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!
Gerakkan dasar laut telah membawa
tapak sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.
Kini tapak sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!
Seakan mimpi tapak sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.
Bila malam tiba tapak sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.
Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.
“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”
“ Tapak sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
tapak sulaiman pada malam itu.
“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku? Sedangkan
Jarak dengannya…
Dia di langit aku dibumi
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”
Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai berterbangan.
UFO rupanya sedang mendarat
dua makhluk asing datang
menghampiri tapak sulaiman.
“Tapak sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.
Ke mana?”
“Úntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”
“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”
Malam itu mimpi tapak sulaiman menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!
Disambut bintang-bintang yang
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan tapak sulaiman!
Siapa sangka impian tapak sulaiman menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
Ini jika digunakan keajaiban minda!
“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji tapak sulaiman pada dirinya.
Karya :Ummu Sal
23 Januari 2011
Like · · Unfollow Post · September 7 at 3:15pm near Kuala Lumpur
Lie Tondekan, Emonk Si Beleng-Beleng and 2 others like this.
Payoyongi Lasua kisah yang menarik...
September 7 at 3:20pm · Like
Ummu Sal Terima kasih...rasa-rasanya sesuai tak untuk diterapkan
pada semangat belia-belia kita semua...
September 7 at 3:22pm · Like
Payoyongi Lasua memang sesuai agar belia-belia kita mempunyai impian
sedemikian,kerana tidak ada yang mustahil....
September 7 at 3:25pm · Like
Ummu Sal Sekarang ni kita dengar pendapat belia-belia daripada YOSC...
lagipun karya ini dikarang istimewa untuk mereka (belia) yang dikasihi
sepenuh hati.
September 7 at 3:28pm · Like · 1 person
Payoyongi Lasua tahniah,teruskan perjuangan puan
September 7 at 3:29pm · Like
Ummu Sal Terima kasih atas sokonganmu Payoyongi Lasua!
September 7 at 3:30pm · Like
Payoyongi Lasua samasama..kalau untuk kebaikan saya sentiasa berdiri
di belakang untuk berikan sokongan,InsyaAllah
September 7 at 3:32pm · Like
Ummu Sal Apa kata puisi di atas atau mana-mana karyaku yang sesuai
dengan kehendak belia dan sesuai tema Hari Malaysia dan Kemerdekaan
dijadikan satu acara YOSC demi belia dan negaraku kuizinkan...
kita minta kerjasama pada mereka yang pakar dalam bidang seni
dan peminat seni atau siapa saja yang berminat dengan seni yang sudi
berkerjasama bagi memeriahkan hari tersebut. Ini cumalah cadangan saja ye...
apa pendapatmu duhai Payoyongi Lasua?
September 7 at 3:40pm · Like
Payoyongi Lasua sokong sepenuhnya....^_^
September 7 at 3:43pm · Like
Ummu Sal Terima kasih...kita tunggu sapa-sapa nak jadi sukarelawan
menjayakan karya-karyaku ni untuk dipentaskan dan dideklimasikan ye...
di hari tersebut...kalau tak ada yang berminat nampaknya ...
kena tunggu di masa-masa akan datang yang sudi menjayakannya.
September 7 at 3:46pm · Like · 1 person
Payoyongi Lasua sekurang-nya puan ada impian.
September 7 at 3:47pm · Like
Ummu Sal Impian adalah igauanku untuk menjadikannya realiti bukan
untuk diriku tapi demi agama bangsa dan negara tercinta!
September 7 at 3:48pm · Like · 1 person
Payoyongi Lasua kalau tapak sulaiman bisa menjadi bintang dilangit,
kepana tidak dengan puan, tiada ada yang mustahil....
bersabar dan tunggu saja masanya.
September 7 at 3:52pm · Like
Ummu Sal Ewah...! Macam faham-faham je...hihihi
September 7 at 3:56pm · Like · 1 person
(PETIKAN DARIPADA YOUTH ONE STOP CENTRE)
7 September 2011
Thursday, September 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment