Friday, September 16, 2011

MENGHADIRI SAMBUTAN HARI MALAYSIA KE-48 & KEMERDEKAAN NEGARA KE-54 DI DATARAN MERDEKA


Hari ini aku pergi ke Dataran Merdeka Untuk Meraikan Hari Malaysia
Dan Kemerdekaan Malaysia Ke-54.

Aku begitu lemah tak bermaya namun kugagahi juga menghadirkan
diri walaupun menghadapi masalah kesihatan namun begitu kukuatkan
semangat kerana rasa terpanggil untuk meraikan dan menyaksikan sendiri
Hari Malaysia Ke-48 dan Kemerdekaan Malaysia Ke-54. Rasa rugi yang amat
sangat kalau aku tidak dapat menghadiri hari yang penuh bersejarah
ini.


Sampai di Dataran Merdeka Pukul 8.30 pagi, majlis telah pun bermula.
Aku terus menuju ke tempat upacara majlis... lagu patriotik mengiringi
setiap langkah kakiku. Aku rasa bangga dan penuh semangat.

Aku terus melangkah ke hadapan tanpa memperdulikan mereka disekelilingku
yang agak marah kerana aku berjalan melindungi mereka. Aku berjalan
terus ke hadapan upacara majlis.


Aku ternampak dua orang gadis membawa kotak "Sumbangan Pahlawan
Yang Gugur Di Medan Perang" dan aku mendapat lima kuntum pin baju
bunga raya lalu kupinkan di bajuku. Aku dihadiahkan sehelai bendera
Jalur Gemilang. Aku mengibarkan Jalur Gemilang penuh bersemangat.

Di skrin besar di Dataran Merdeka terpampang gambar Yang Di-Pertuan Agong
Dan Raja Permaisuri Agong. Aku amat teruja. Gembira tak terkata. Sakit
yang kualami rasa telah dilupakan.


Ketika aku sedang leka mengambil gambar perbarisan...aku ditegur oleh
beberapa orang anggota polis tidak membenarkan aku kerana aku telah
mengganggu tugas mereka...aku mohon diberi peluang untuk mengambil
gambar kerana sudah bertahun aku menunggu peluang begini, baru tahun ini
aku dapat peluang mengambil gambar dari jarak dekat.
Tanpa mempedulikan teguran mereka aku terus mengambil gambar.
Kalau aku lepaskan peluang keemasan begini rugilah aku.
Kepada anggota polis berkenaan maafkan aku kerana aku terpaksa tidak
akur kepada arahan kalian.


Aku faham kerana itu sudah tugas kalian. Tapi tolong fahami aku kerana
aku mengambil gambar bukan sekadar suka-suka tapi kuabadikan untuk generasi
kini dan akan datang.


Ketika aku sedang taksub mengambil gambar perbarisan kemerdekaan,
bertalu-talu mereka memarahiku seolah-olah peluru sedang menembusi
tubuhku di segenap penjuru. Aku sabar sahaja demi negaraku demi
generasiku. Biarlah mereka marah. Apalah ada dengan kemarahan mereka
itu jika nak dibandingkan dengan pejuang-pejuang yang sanggup berkorban
nyawa untuk mempertahankan negaraku.


Paling aku sedih...salah seorang anggota polis yang tidak berpuas hati
denganku menghampiriku memandangku dengan mukanya yang amat bengis sambil
menghadang aku daripada aku terus mengambil gambar. Aku tidak dapat mengambil
gambar kerana dihadangnya. Ke mana aku pergi dia pergi. Hinggakan aku naik
rimas lalu aku terus ke tempat lain meninggalkan anggota polis itu.


Mujurlah upacara perbarisan kemerdekaan hampir tamat...dapatlah aku buat
koleksi gambar-gambar Kenangan Perbarisan Sambutan Hari Malaysia Ke-48
dan Kemerdekaan Negara Ke-54.


Aku pergi Ke Pentas VIP dan di sana aku sempat mengambil gambar dengan
beberapa orang pempimpin yang kusanjungi. Dan sempat juga bergambar dengan
artis-artis yang membuat persembahan perbarisan kemerdekaan sambutan Hari
Malaysia & Kemerdekaan Malaysia Ke-54.


Sempat juga aku mengumpulkan buku-buku cenderahati yang ditinggalkan VIP
untuk kubuat koleksi di Galeriku yang bertemakan ," Mentranformasikan
Kemerdekaan Kepada Generasi Pasca Merdeka."

Karya Ummu Sal
16 September 2011


Like · · Unfollow Post · 9 minutes ago near Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©