Thursday, October 27, 2011

TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG & PANTUN TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG




TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG
"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan
cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan
bertujuan untuk perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan
menyuarakan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan
Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini
khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat

Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk
menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru didalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitk

menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah
dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi tidak membawa
kemusnahan negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut
dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana
keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi
sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan

segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana
dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak
mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam
keadaan bermusuhan sesasama sendiri ataupun sebahagiaan
rakyatnya bermusuh dengan kerajaaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat

bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan
tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ,
'Yang DiKejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan

daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama

memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuatkan
negara berada terbelakang. Ingatlah, 'Bumi mana yang tidak
ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.'

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang

telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara."

Sekian,


"DI MANA BUMI DIPIJAK , DI SITU LANGIT DIJUNJUNG!"

DAULAT TUANKU!



PANTUN TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG

Beta selaku Yang di-Pertuan Agong negara ini,
Mahukan kerajaan dan agensi terlibat menangani isu ini;
Kumpulan Bersih Berhimpunan Beramai-ramai,
Akan mengganggu ketenteraman rakyat yang Beta cintai.

Beta yakin kepiminan YAB Perdana Menteri,

Boleh menangani masalah ini sebaik mungkin;
Demi keharmonian dan kestabilan negara dicintai,
Berpakat bersama-sama memajukan negara tercinta ini.

Beta menyeru kepada pihak kerajaan,

Melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat;
Secara adil dan penuh kebijaksanaan,
Agar permusuhan dengan kerajaan tiada wujud di hati rakyat.

Kita sebagai masyarakat yang bertamadun,

Boleh menyelesaikan masalah secara rundingan;
Tidak mengikut segala perasaan,
'Yang DiKejar Tak Dapat Yang DiKendong Berciciran'.

Demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan,

Walaupun niat asalnya untuk kebaikan;
Apa pun alasan semuanya demi kesejahteraan,
Semua perkara dirunding demi keharmonian.

Semua pihak haruslah memikir memajukan negara,

Bukan mencipta masalah membuatkan negara terkebelakang;
Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan Lautan Mana Tidak Bergelora,
Justeru bermuafakat bersama mencipta negara Gemilang.

Yang penting adalah sifat kesederhanaan,

Bertolak ansur demi kesejanteraan negara;
Sabarnya pemimpin terdahulu dalam perjuangan,
Diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Sekian sahaja pantun Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong,

Daulat Tuanku Ampun Tuanku;
Patik karangkan bagi pihak Yang Di-Pertuan Agong,
Demi semata keharmonian negara patik dan juga Tuanku.

Karya: Ummu Sal

4 Julai 2011

0 comments:

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©