Sunday, July 31, 2011

PEJUANG SASTERA MELAYU


Terima kasih Pejuang dan Pahlawan Sastera Melayuku,
Kalian adalah sumber inspirasiku;
Kita saling memberi sokongan tanpa jemu,
Kisah keperwiraanmu diabadikan di blogku.

Agar dibaca... biar penghuni dunia tahu,
Betapa aku menyanjungi keperwiraanmu;
Berjuang hingga terhenti nafasmu,
Jasamu mewangi di sudut hatiku.

Perjuanganmu murni semurni cintamu,
Cintakan rakyat Sastera Melayu;
Mempertabatkan Bahasa Sastera Melayu semampumu,
Agar sentiasa dihargai setelah ketiadaanmu.

Generasi kini dan akan datang menghargaimu,
Mengucapkan jutaan terima kasih kepadamu;
Minat sesungguhnya kepada Sastera Melayu,
Bangga mereka miliki pejuang dan pahlawan sepertimu.

Aduhai Pejuang dan Pahlawan Sastera Melayuku,
Jasamu mewangi sewangi kasturi di setiap penjuru;
Perjuanganmu seiringan dengan semangat keperwiraanmu,
Moga Allah sinarkan hidayah kasihNya kepada kamu.

Karya: Ummu Sal
1 Ramadhan 1432H
1 Ogos 2011
(Diilhamkan Khas Untuk Pejuang Sasteraku Naga Pamungkas
& Pahlawan Sastera Melayuku Poul Nanggang)

0 comments:

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©