Thursday, July 07, 2011

MAJLIS PERKAHWINAN PUTERI SULUNG ABDUL RAZAK KHASBULLAH


Lailatul Fatehah puteri sulung Abdul Razak Khasbullah,
Cantik rupawan membuatkan Zaki Sanawi tertawan;
Apabila berkata sentiasa merendah,
Kedua orang tuanya dihormati tak pernah melawan.

Lailatul Fatehah dididik dengan kasih sayang,
Kedua orang tuanya dihormati lagi disayangi;
Hidup sekeluarga saling sayang menyayang;
Sudah bergelar isteri kedua ibubapa tidak dilupai.

Lailatul Fatehah puteri kesayangan ayahanda bonda,
Kesolehan anakanda membuatkan ketenangan keluarga;
Esok bergelarlah anakanda isteri soleha,
Menjadi pula isteri soleha buat ketenangan suami tercinta.

Zaki Sanawi pilihan hati Lailatul Fatehah,
Hati terpikat kerana keimanan Zaki Sanawi;
Bercinta atas dasar keikhlasan bukan untuk bermegah,
Kerana kemegahan harta dan kuasa bukan yang diingini.

Ikatan percintaan direstui keluarga,
Zaki Sanawi menghantar rombongan peminangan;
Pinangan diterima dengan hati terbuka,
Ikatan keluargaan terus berpanjangan.

Majlis peminangan berjalan penuh meriah,
Kata sepakat membawa berkat;
Cincin berlian disarung ke jari manis Lailatul Fatehah;
Gembiranya Lailatul Fatehah cintanya sudah terikat.

17 Rejab 1432H bersamaan 19 Jun 2011 diadakan majlis perkahwinan,
Lailatul Fatehah Binti Abdul Razak dengan Zaki Sanawi bin Hashim;
Seisi keluarga mengundang tetamu penuh harapan,
Acara majlis di adakan penuh bermacam.

Rakyat dijemput dengan segala hormatnya,
Ke majlis kenduri kahwin puteri sulung kesayangan;
Tak sabar mereka datang meraikannya,
Pasti disambut hormat keluarga pengantin.

Membuat persiapan menyambut menantu,
Kad undangan dilayang menjemput rakyat;
Moga bahagia dunia akhirat anak menantu,
YB ARK pemimpin kesayangan rakyat.

Pelamin dihias indah serba putih,
Seputih hati YB ARK dengan rakyat;
Hidup bahagia dipenuhi dengan bunga-bunga kasih,
YB ARK berkorban apa sahaja demi rakyat.

Saudara mara berkumpul di rumah pengantin,
Yang jauh terus didekatkan;
Usik mengusik penuh kemesraan;
Kegembiraan keluarga pengantin menjadi kenangan.

Lembu dan kambing ditumbangkan,
Dibuat lauk pauk kenduri kahwin;
Bergotong royong menyediakan persiapan pengantin,
Majlis disambut penuh kesyukuran.

Berpusu-pusu tetamu yang datang,
Meraikan perkahwinan pengantin kesayangan;
Pelbagai juadah dijamu kepada tetamu yang datang,
Tetamu terharu mendapat layanan.

Tetamu datang membawa hadiah,
Hadiah untuk pengantin kesayangan;
Majlis perkahwinan disambut penuh meriah,
Kemeriahan majlis pengantin sentiasa dalam ingatan.

YB ARK dan Puan Norizan berpakaian cantik,
Berpakaian sedondong menyambut tetamu;
Tetamu yang datang semuanya cantik,
Senyuman ARK dan isteri sentiasa tak jemu.

Paluan kompang mengiringi pengantin,
Pengantin tak lekang mengukir senyuman;
Tetamu melihat penuh ketaksupan,
Kejelitaan pengantin Lailatul Fatehah penuh keanggunan.

Pelamin dihias indah menyambut pengantin,
Pengantin bersanding mengukir senyuman;
Tetamu memandang rasa tak bosan,
Melihat persandingan pasangan pengantin.

Tetamu diundang merenjis pengantin,
Pengantin direnjis dengan wangian mawar;
Tersenyum manis kedua pengantin,
Apabila direnjis wangian mawar.

Kemerihan majlis perkahwinan sentiasa dalam ingatan,
Di hati pengantin dan tetamu yang datang;
Terima kasih kepada semua undangan,
Sejambak kasih sayang diberikan kepada semua yang datang.


Karya: Ummu Sal
19 Jun 2011
(Diilhamkan khas untuk keluarga Abdul Razak Khasbullah
Bersempena dengan Sambutan Hari Bapa dan Sambutan Majlis
Perkahwinan Puteri Sulung YB Abdul Razak Khasbullah iaitu
Lailatul Fatehah dan Zaki Sanawi semoga mahligai cinta
dibina kekal hingga ke Syurgawi - Amin Ya Rabbal A'Lamin)

0 comments:

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©