Thursday, October 27, 2011

SYAIR TUANKU MIZAN SENTIASA DI HATI RAKYAT 1MALAYSIA



Tersebutlah kisah Agong tersohor,
Tuanku Mizan yang penuh sabar;
Biarpun hidup penuh mencabar,
Agar rakyat tidak terbiar.


Permaisuri Nur Zahirah yang bijaksana,
Cantik rupawan bagai bulan purnama;
Memberi sokongan kepada baginda,
Agar rakyat terus terbela.

Bahagia hidup keluarga Diraja,
Dikurniakan puteri dan juga putera;
Dibesarkan dalam adat istana,
Ayahanda dan bonda jadi idola.
Genap 49 Tahun Tuanku Mizan diputerakan,
Disambut keputeraaan penuh kesyukuran;
Semua rakyat gembira meraikan,
Raja dan rakyat tidak dapat dipisahkan.

Terengganu negeri keputeraan baginda,
Mempunyai ilmu penuh di dada;
Anakanda kesayangan ayahanda dan bonda,
Raja dan rakyat berpisah tiada.


Berbudi bahasa berhemah tinggi,
Baginda bertitah rakyat dengari;
Semua jemputan baginda hadiri,
Asalkan rakyat rasa dihargai.
Tuanku Mizan mencemar Duli,
Menziarahi rakyat bantuan diberi;
Rakyat gembira tiada terperi,
Kebaikan baginda lekat di hati.


Sultan Mizan bertitah memuji,
Kebijaksanaan Memanda Perdana Menteri;
Memerintah negara amanlah damai,
Rakyat terbela itulah dihajati.

Raja dan rakyat berpisah tiada,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Rakyat mengangkat Institusi Diraja,
Raja dan rakyat rasa bahagia.
Tuanku Mizan selalu menyeru,
Inginkan rakyat bersatu padu;
Buat keputusan tidak terburu,
Asalkan rakyat terus maju.
Tuanku Mizan percaya rancangan kerajaan,
Mampu dinikmati segenap lapisan;
Rakyat bersatu dalam perpaduan,
Negara makmur dalam kemajuan.
Raja dan rakyat amat rapat,
Ke mana pergi rakyat diingat;
Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
Tuanku datang disambut hormat.
Tuanku Mizan Agong ketiga belas,
Dengan rakyat berkasihan belas;
Tidak pernah rasa malas,
Rakyat berpadu rasa terbalas.

Istana Agong tersergam indah,
Apabila bertitah penuh bermadah;
Kuasa yang tinggi tiada diendah,
Bersama rakyat tetap merendah.

Bersemayam baginda dalam istana,
Rakyat diundang pergi ke sana;
Raja kami yang bijaksana,
Ikatan raja dan rakyat terus terbina.
Masalah rakyat sama dikongsi,
Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
Ikatan terus jadi serasi,
Tercipta nostalgia untuk generasi.
Sukacita Agong negara maju,
Pemerintahan Agong terus dipacu;
Warkah dihantar Agong dituju,
Mendoakan Agong terus di mercu.


Putera kesayangan ayahanda dan bonda,
Cemerlang negara amat sukacita;
Raja dan rakyat berpisah tiada,
Bijaksana memerintah negara tercinta.
Sejarah kesultanan patut dihayati,
Dipelajari oleh generasi terkini;
Personaliti Raja amat dikagumi,
Ke mana pergi tetap dihormati.

Pemerintahan Agong adil saksama,
Cadangan rakyat semua diterima;
Perintahkan Memanda Perdana Menteri beri kerjasama,
Agar negara jadi ternama.

Tuanku Mizan Raja kesayangan rakyat,
Ke mana pergi pentingkan rakyat;
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Tuanku sentiasa di hati rakyat.

Tuanku Mizan Zainal Abidin Agong ternama,
Berjiwa rakyat adil dan saksama;
Pentingkan rakyat walau di mana,
Galakkan rakyat sentiasa berkerjasama.


Selamat menyambut Hari Keputeraan Tuanku Mizan,
Moga Tuanku Allah redhai kami doakan;
Dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan,
Dilanjutkan usia dalam keberkatan.
Sekian sahaja syair Tuanku Mizan sentiasa di hati rakyat,
Untuk tatapan istimewa semua Raja dan rakyat;
Memerintah adil dan saksama demi rakyat,
Ampun Tuanku! Daulat Tuanku! Tuanku sentiasa di hati rakyat.

Ampun Tuanku,
Daulat Tuanku,
Sembah patik harap diampun.
Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan,
‘Syair Tuanku Mizan Sentiasa Di Hati Rakyat untuk tatapan
rakyat Malaysia tercinta.

Patik percaya Syair ini dapat mencetuskan rasa cinta

yang amat mendalam kepada Institusi Diraja dan secara
tidak langsung rakyat Malaysia akan mempertahankan
Institusi Diraja walaupun ke titisan darah terakhir.

Ampun Tuanku.


Sembah patik harap diampun.


Akhir bicara patik doakan moga Tuanku sekeluarga

dirahmati Allah di dunia jua di akhirat.
Amin Ya Rabbal A' Lamin.


KARYA: Ummu Sal
4 Jun 2011
(Bersempena Hari Keputeraan Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin
Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong Ke-XIII)

PANTUN TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG




PANTUN TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG


Beta selaku Yang di-Pertuan Agong negara ini,
Mahukan kerajaan dan agensi terlibat menangani isu ini;
Kumpulan Bersih Berhimpun beramai-ramai,
Akan mengganggu ketenteraman rakyat yang Beta cintai.

Beta yakin kepimpinan YAB Perdana Menteri,

Boleh menangani sebaik mungkin masalah ini ;
Demi keharmonian dan kestabilan negara dicintai,
Berpakat bersama-sama memajukan negara tercinta ini.

Beta menyeru kepada pihak kerajaan,

Melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat;
Secara adil dan penuh kebijaksanaan,
Agar permusuhan dengan kerajaan tiada wujud di hati rakyat.

Kita sebagai masyarakat yang bertamadun,

Boleh menyelesaikan masalah secara rundingan;
Tidak mengikut segala perasaan,
'Yang DiKejar Tak Dapat Yang DiKendong Berciciran'.

Demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan,

Walaupun niat asalnya untuk kebaikan;
Apa pun alasan semuanya demi kesejahteraan,
Semua perkara dirunding demi keharmonian.

Semua pihak haruslah memikir memajukan negara,

Bukan mencipta masalah membuatkan negara terkebelakang;
Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan Lautan Mana Tidak Bergelora,
Justeru bermuafakat bersama mencipta negara Gemilang.

Yang penting adalah sifat kesederhanaan,

Bertolak ansur demi kesejahteraan negara;
Sabarnya pemimpin terdahulu dalam perjuangan,
Diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Sekian sahaja pantun Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong,

Daulat Tuanku! Ampun Tuanku;
Patik karangkan bagi pihak Yang Di-Pertuan Agong,
Demi semata keharmonian negara patik dan juga Tuanku.


Karya: Ummu Sal
4 Julai 2011

TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG & PANTUN TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG




TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG
"Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan
cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan
bertujuan untuk perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan
menyuarakan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan
Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini
khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat

Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk
menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru didalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitk

menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah
dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi tidak membawa
kemusnahan negara. Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut
dengan amalan negara-negara luar secara umumnya kerana
keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi
sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan

segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana
dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak
mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam
keadaan bermusuhan sesasama sendiri ataupun sebahagiaan
rakyatnya bermusuh dengan kerajaaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat

bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan
tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ,
'Yang DiKejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran'

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan

daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama

memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuatkan
negara berada terbelakang. Ingatlah, 'Bumi mana yang tidak
ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.'

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang

telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara."

Sekian,


"DI MANA BUMI DIPIJAK , DI SITU LANGIT DIJUNJUNG!"

DAULAT TUANKU!



PANTUN TITAH KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG

Beta selaku Yang di-Pertuan Agong negara ini,
Mahukan kerajaan dan agensi terlibat menangani isu ini;
Kumpulan Bersih Berhimpunan Beramai-ramai,
Akan mengganggu ketenteraman rakyat yang Beta cintai.

Beta yakin kepiminan YAB Perdana Menteri,

Boleh menangani masalah ini sebaik mungkin;
Demi keharmonian dan kestabilan negara dicintai,
Berpakat bersama-sama memajukan negara tercinta ini.

Beta menyeru kepada pihak kerajaan,

Melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat;
Secara adil dan penuh kebijaksanaan,
Agar permusuhan dengan kerajaan tiada wujud di hati rakyat.

Kita sebagai masyarakat yang bertamadun,

Boleh menyelesaikan masalah secara rundingan;
Tidak mengikut segala perasaan,
'Yang DiKejar Tak Dapat Yang DiKendong Berciciran'.

Demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan,

Walaupun niat asalnya untuk kebaikan;
Apa pun alasan semuanya demi kesejahteraan,
Semua perkara dirunding demi keharmonian.

Semua pihak haruslah memikir memajukan negara,

Bukan mencipta masalah membuatkan negara terkebelakang;
Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan Lautan Mana Tidak Bergelora,
Justeru bermuafakat bersama mencipta negara Gemilang.

Yang penting adalah sifat kesederhanaan,

Bertolak ansur demi kesejanteraan negara;
Sabarnya pemimpin terdahulu dalam perjuangan,
Diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Sekian sahaja pantun Titah Khas Yang Di-Pertuan Agong,

Daulat Tuanku Ampun Tuanku;
Patik karangkan bagi pihak Yang Di-Pertuan Agong,
Demi semata keharmonian negara patik dan juga Tuanku.

Karya: Ummu Sal

4 Julai 2011

GURINDAM ANTARA RAJA DAN RAKYAT JELATA




GURINDAM ANTARA RAJA DAN RAKYAT JELATA

Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun
Di sini patik mengucapkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kerana kesudian Tuanku
membalas Kad ucapan Hari Raya Aidilfitri dan
Ucapan Kemerdekaan Ke-54 negara tercinta

Terharu rasa hati patik tak dapat hendak

diungkaikan dengan kata-kata kerana
siapalah patik...
Tapi itu semua tidak Tuanku pentingkan

Terbukti sudah ke semua Raja-Raja Di Malaysia

begitu prihatin dan sayangkan semua rakyat baginda
tidak sama sekali membeza-bezakan
siapa pun rakyat, baginda terima dengan kasih sayang
antara Raja dengan ke semua rakyat baginda

Selama ini yang ada di benak pemikiran rakyat

Antara Raja-Raja dengan rakyat ada jurang perbezaan Darjat Kebesaran
Kerana ada rasa jurang perbezaan Darjat Kebesaran hubungan rakyat dengan
raja renggang
Hakikatnya tidak begitu duhai rakyat Malaysia!

Hati nurani semua Raja sememangnya mengasihi rakyat jelata

tanpa ada rasa membezakan siapa pun rakyat yang menaungi negeri
jajahan baginda rela berkorban demi rakyat dan negara tercinta

Kesusahan rakyat dan derita rakyat baginda terpanggil

untuk menghulurkan bantuan
Negara ditimpa bencana alam ...baginda turut merasai
penderitaan rakyat yang ditimpa musibah
baginda bantu terdaya mampu
kesusahan rakyat kesusahan baginda juga

Kesempurnaan hidup rakyat dan kesejahteraan negara tercinta ini

sentiasa diikuti dan dalam perhatian semua Raja-Raja

Bilamana rakyat dan pemerintah tidak bersatu hati

tentunya kegusaran di hati baginda Sultan
kerana hanya yang difikirkan melainkan keamanan negara tercinta!
Baginda mahu tiada jurang antara rakyat, pemimpin dan Raja

Ampun Tuanku Daulat Tuanku

Sembah patik harap diampun
Semuanya bersatu hati mengekalkan Kemerdekaan Negara Tercinta

Makanya keamanan negara tercinta ini

sentiasa dalam perhatian semua Raja-Raja di Malaysia

Semangat patriotik Ke Bawah Duli Tuanku

Amat rakyat jelata kagumi
Rakyat jelata bersumpah setia dan
Akan taat setia kepada ke semua Ke bawah Duli Tuanku
Keprihatinan ke Bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat di Malaysia
Amatlah membuatkan ke semua rakyat jelata terharu dan menghargai
kasih sayang Ke Bawah Duli Tuanku kepada semua rakyat jelata

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan Ke-54

Malaysia Negara Tercinta ini ..Rakyat Malaysia kesemuanya mengaku
akan taat setia kepada ke semua Raja-Raja Di Malaysia sepertimana
Yang termaktub dalam Rukun Negara Yang Kedua ,
"KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA"

DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!
MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Karya Ummu Sal
13 September 2011
(Diilhamkan Bersempena Meraikan Sambutan Hari Malaysia &
Kemerdekaan Malaysia Ke-54 Pada 16 September 2011)

PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT 1MALAYSIA



PANTUN SULTAN-SULTAN KESAYANGAN RAKYAT  MALAYSIA


Sultan Mizan Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

Intitusi di-Raja dekat di hatiku,
Rakyat Malaysia amat menyanjungi;
Program bersama rakyat dekat di hati Tuanku,
Rakyat Johor terharu lagi menyanyangi.

Negeri Sembilan Raja Berdaulat,
Kepentingan rakyat amat dirasai;
Raja Negeri Sembilan kesayangan rakyat,
Sejak generasi dahulu hingga kini.

DYM Sultan Selangor raja dihormati,
Dasanjungi rakyat kerana banyak berbudi;
Budi disemai Allah berkati,
Moga amalan dibalas di akhirat nanti.

Sultan Ahmad Shah Sultan Pahang,
Kebajikan rakyat amat diutamakan;
Bertuah sungguh rakyat Pahang,
Mempunyai Raja sentiasa membuat kebajikan.

Sultan Azlan Shah berjiwa rakyat,
Galakkan rakyat berjiwa patriotik;
Berbudi pekerti tinggi mensyukuri nikmat,
Tuanku disanjung rakyat Perak.

Sultan Kedah amat dihormati,
Menabur budi tidak terhingga;
Ke mana pergi rakyat mentaati,
Rakyat Kedah amat berbangga.

Tuanku Syed Sirajuddin Raja prihatin,
Kepentingan rakyat amat dijaga;
Masalah rakyat diberi perhatian,
Bersyukurnya rakyat Perlis tidak terhingga.

Sultan Kelantan berhemah tinggi,
Memerintah Kelantan adil saksama;
Rakyat Kelantan takkan rugi,
Raja dan rakyat saling berkerjasama.

Negeri Terengganu pesat membangun,
Di bawah pemerintahan Raja yang bijaksana;
Tengku Muhammad bersopan santun,
Rakyat Terengganu amat terpesona.


Karya  Ummu Sal
15 Oktober 2011

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI
AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH



Serangkap Pantun:

Sultan Mizan Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.


Karya Ummu Sal
15 Oktober 2011

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©