Sunday, June 12, 2011

SIMBOLIK WARNA MERAH BUNGA KEBANGSAAN


PEKERJA : Merahmu membara-bara...
Bangkit dengan semangat juang untuk
meneruskan kehidupanmu dan keluarga.

MAJIKAN : Merahmu menyala mendapat keuntungan dan
berkongsi sama dengan pekerja memberi
gaji dan bonus yang sepatutnya.

PEMIMPIN : Merahmu membara-bara untuk kemenangan bagi
pihak rakyat yang dibela dengan seikhlasnya
tanpa ada prejudis.

RAKYAT : Merahmu membara mahu dibela difahami pemimpin
agar hidup terbela di negara sendiri.

Negara : Merahmu kepada penyatuan keharmonian pekerja,
majikan, pemimpin dan seluruh rakyat negara
ini yang mahu kemerdekaan dikekalkan selagi
ada bulan dan matahari.


Karya: Ummu Sal
1 Mei 2011

2 comments:

PPUBJ on 26 June 2011 at 20:01 said...

Warna merah sinonim dengan semangat dan keberanian,namun jika tersalah atau terlampau, ianya beri kemudharatan....sebaik-baiknya adalah wasyatiah...kesederhanaan...

Ummu Sal on 13 December 2011 at 07:46 said...

Kesederhanaan itulah yang sebaik-baiknya.
Moga negara ini kekal merdeka selamanya berkat kesepakatan semua pemimpin dan rakyat Malaysia.

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©