Friday, March 25, 2011

BUKU KREATIF PATRIOTIK KARYA UMMU SAL TERBITAN PERKHIDMATAN MINDA KREATIF


Adalah buku-buku kreatif yang bertema patriotik  yang bermotifkan untuk memupuk
semangat cintakan Negara di jiwa rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Di samping itu mengajak  pembaca menghayati Rukun Negara secara kreatif dan mencintai
Negara lebih daripada kepentingan sendiri.

Secara tidak langsung menyahut seruan kerajaan bagi melahirkan modan insan  berminda
kelas pertama.

KUALITI BUKU:
Buku-buku telah dibuat kaji selidik kepada pembaca pelbagai peringkat  umur, bangsa dan
taraf pendidikan.

Ternyata mendapat maklumbalas positif dan diyakini mendapat sambutan apabila berada
di pasaran kelak.

OBJEKTIF PENERBITAN PERKHIDMATAN MINDA KREATIF:

1.    Memupuk semangat patriotik di jiwa rakyat Malaysia sejak di bangku sekolah lagi.
2.    Menjadi  bahan sejarah yang diolah secara kreatif untuk generasi kini dan akan datang.
3.    Menyampaikan  mesej melalui sastera kreatif dalam bentuk puisi, pantun,syair, cerita, drama pentas dan  Poskad  Ucapan Hari Kemerdekaan.
4.    Mempertabatkan Bahasa Kebangsaan.
5.    Membuktikan Bahasa Kebangsaan dapat menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia.
6.    Terpanggil untuk Cemerlang Bersama Jalur Gemilang.
7.    Memahami Rukun Negara Secara  Kreatif di minda rakyat Malaysia.
8.    Menghargai Keamanan Negara.
9.    Mempromosikan  Gagasan 1Malaysia melalui buku PM KE- 6
10.  Menghargai jasa pemimpin  6 Perdana Menteri Malaysia

MOHON SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA:
Memandangkan kos penerbitan dan percetakan terlalu tinggi kami terpaksa meletakkan harga yang agak tinggi sedikit  bagi menyokong usaha kami ke arah merealisasikan impian kami untuk menerbitkan kesemua  tajuk buku kreatif patriotik yang ada dalam simpanan dan cita-cita kami untuk memiliki sebuah Galeri Patriotik  menjadi kenyataan.


TAJUK BUKU:
PM KE-6       -          RM 50.00   senaskah termasuk kos pos
                                  (Buku bertemakan 1 Malaysia puisi bergambar -  kulit nipis)

BUDIMU DALAM LIPATAN HATIKU!   -    RM 100.00 senaskah  termasuk kos pos
                (Buku bertemakan budi Tun Dr Mahathir puisi bergambar  – kulit tebal)

POSKAD UCAPAN HARI KEMERDEKAAN  -   RM 3.00 sekeping  temasuk pos.

Berminat untuk tempahan buku sila emelkan ke :  ummusal_patriotik@yahoo.com.my

*Segala sokongan rakyat Malaysia untuk menjayakan cita-cita ini, amatlah dihargai
 dan diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga dan akan dikenang selagi hayat
di kandung badan!

Buku terbitan yang akan datang dalam perancangan untuk melengkapkan koleksi
Buku 6 Perdana Menteri Malaysia:

1.    Syair Bapa Kemerdekaan Malaysia
2.    PM KE-2 Tun Abdul Razak
3.    Pantun Tun Hussein Onn
4.    Pemimpin Negara  Sanjungan  Rakyat


Di sini dipaparkan  puisi, pantun, syair, skrip drama pentas dan cerita kanak-kanak
Patriotik karya Ummu Sal istimewa untuk rakyat Malaysia yang cintakan Negara.

PANTUN HOSPITAL PENYAYANG PESAKIT DISAYANG


Hospital kerajaan dan swasta berbudaya tinggi,
Kelengkapan merawat serba moden;
Pesakit datang  berharapan tinggi,
Kesihatan pesakit  kerajaan utamakan.

Klinik  1Malaysia  rakyat sanjungi,
Diberi perhatian kerajaan Malaysia;
Menabur budi bukan untuk dipuji,
Demi semata rakyat tercinta.

Kerajaan utamakan kesihatan rakyat Malaysia,
Asalkan rakyat hidup sempurna;
Hospital kerajaan ada di mana-mana,
Diberi rawatan amat sempurna.

Kementerian Kesihatan Malaysia patut dipuji,
Kerana amalkan konsep 1Malaysia;
Pelbagai kaum semua dirawati,
Asalkan rakyat sihat sentiasa.  

Kami  sedia membantu anda,
Kedatangan anda kami nantikan;
Kami utamakan kesihatan anda,
Kesembuhan anda kami doakan.

Warga hospital kerja secara profesional,
Bekerja berpasukan bersungguh-sungguh;
Pesakit datang saling kenal mengenal,
Sayang menyayang sakit pun sembuh.

Apabila banjir cepatlah bertindak,
Berpindah segera sebelum terlambat;
Itu tandanya orang yang bijak,
Dapat menjauhi segala penyakit.

Apabila sakit berjumpa doktor,
Pergi farmasi mengambil ubat;
Terima kasih kerana bersabar,
Kerana sabar menantikan ubat.

Pesakit sakit doktor rawat,
Pesakit sembuh doktor gembira;
Semua sakit boleh dirawat,
Asalkan usaha tawakal dan doa.

Wad kecemasan hati terguris,
Doktor bekerja penuh komitmen;
Keluarga datang usahlah menangis,
Kesabaran anda dapat ganjaran.

Bilik pembedahan sunyi sepi,
Pakar bedah bekerja penuh teliti;
Menjalankan pembedahan berhati-hati,
Pesakit sembuh senang hati.

Sabarlah pesakit  atas dugaan,
Ku doakan dikau segera sembuh;
Warga hospital penuh sopan,
Penyayang mereka buat mu sembuh.

Cucilah tangan sebelum makan,
Jaga kebersihan mesti diutamakan;
Segala penyakit dapat dijauhkan,
Anda sihat terukir senyuman.

Doktor bekerja tak tentu masa,
Nyawa pesakit amat diutamakan;
Apabila bekerja tidak tergesa-gesa,
Agar pesakit dapat disembuhkan.

Terhibur hati terima senyuman,
Senyuman warga hospital hati terhibur;
Kurangnya sakit bila tersenyum,
Bicaramu sopan lagi teratur.

Tiada langsung bersikap sombong,
Biarpun berjawatan Ketua Pengarah;
Warga hospital hormat kerana penyayang,
Mereka bekerja tanpa diarah.

Ketua Jururawat seorang  berpersonaliti,
Menggalakkan jururawat berpekerti  tinggi;
Melayani pesakit seperti keluarga sendiri,
Kesembuhan pesakit itu dihajati.

Gembiranya hati dapat layanan,
Warga hospital   baik budi;
Semua pesakit mendapat rawatan,
Sakit   dialami dapat diubati

Ucapan terima kasih warga hospital,
Merawat  pesakit  dalam kesabaran;
Datang ke sini saling kenal-mengenal,
Moga Tuhan membalas segala kebaikan.

Rajinlah makan ubat duhai pesakitku,
Segera sembuh itu doaku;
Sembuhmu kebahagianku,
Kesihatanmu keutamaanku.

Kukarangkan pantun tentang hospital,
Bertajuk Hospital Penyayang Pesakit DiSayang;
Terjalin kemesraan pesakit dengan warga hospital,
Berkat pemerintahan yang berkasih sayang.


Karya:  Ummu Sal
            30 Mac 2011


PUISI WARGA HOSPITAL KUSAYANG

Duhai warga hospital kusayang…
Aku sanjung setiap budimu.
Kau bekerja  tanpa
mengenal penat dan lelah.

Kau tetap tabah melayani kerenah pesakit
kau layani mereka dengan penuh
tanggungjawab,
prihatin dan
kasih sayang.

Ikhlas kerjamu!
Suci kerjamu!
Sopan santun tutur katamu!
Terubat hati terima senyuman  iklasmu.
Sakitku kau ambil peduli.
Lukaku kau ubati sambil berkata,
“Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku.”
Terkedu aku mendengar katamu itu.
Kudoakan moga segala kebaikanmu
dibalas oleh Tuhanku.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya:    Ummu Sal
              30 Mac  2011  

PANTUN 1MALAYSIA PATRIOTIK


Nabi Muhammad S.A.W lambang perpaduan,
Berbudi pekerti mulia berhemah tinggi;
Semasa hidup memberi panduan,
Akhir kalam umatnya disayangi lagi diingati.

Sultan Mizan Agong berwibawa,
Memerintah negara adil saksama;
Rela berkorban demi rakyat tercinta,
Ke mana pergi disayangi rakyat jelata.

Tunku Abdul Rahman PM pertama,
Digelar rakyat Bapa Kemerdekaan;
Impian Tunku telah terlaksana,
Menjadikan Malaysia pesat membangun.

Allahyarham Tun Abdul Razak PM kedua,
Mohd Najib anak kesayangan;
Matlamat perjuangan tidak berbeza,
Rakyat DiDahulukan Pencapaian DiUtamakan.

Tun Hussein Onn PM ketiga,
Tertib sungguh bila berbicara;
Masalah rakyat diurus dijaga,
Agar rakyat hidup terbela.

Malaysia maju idea Tun Mahathir,
Digelar rakyat Bapa Pemodenan;
Pejuangan beliau tidak berakhir,
Malaysia maju dalam pembangunan.

Tun Abdullah Ahmad Badawi PM  kelima,
Pentingkan rakyat berminda kelas pertama;
Satu Malaysia bermuafakat bersama,
Menjadi warga dunia yang teristimewa.

Transformasi kerajaan idea PM keenam,
Rakyat letakkan harapan yang tinggi;
Saling bertoleransi biarpun pelbagai kaum,
Agar semuanya saling hormat menghormati.

Lambai Limbai bukan lambaian kosong,
Melambangkan hati nurani rakyat Sabah;
Satu Malaysia rakyat cemerlang,
Akan semuanya menjadi indah.

Negeri Sarawak terus membangun,
Bajet pembangunan dibuat telus;
Nasib rakyat tidak dibiarkan,
Biar cemerlang terus menerus.

Tentera Darat mendukung aspirasi rakyat dan negara,
Demi rakyat dan negara tercinta;
Rela berkorban jiwa dan raga,
Jasamu dikenang hingga ke hujung nyawa.

PLKN generasi patriotik,
Itulah asas benteng negara;
Tiada terlibat agenda politik,
Hanya semata untuk negara.

Rosmah pencetus Permata Negara,
Bagi membentuk generasi berjasa;
Cita-cita dipupuk terus membara,
Memahat nama di antarabangsa.

Tahun Baharu Cina disambut meriah,
PM dan rakyat beramah mesra;
Idea pembangunan kian bercambah,
Demi kepentingan rakyat dan negara.

Hari Thaipusam tidak dilupakan,
PM datang menyerikan majlis;
Kaum India gembira sakan,
Kerana PM berwajah manis.

Kerajaan dan media rakan kongsi,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Gagasan 1Malaysia akan direalisasi,
Malaysia pasti jadi ternama.

Karya seni warisan negara,
Kerajaan hargai rakyat banggai;
Pelancong yang datang dilayan mesra,
Produk terkenal berkualiti tinggi.

Rakyat faham Satu Malaysia,
PM tersenyum tanda gembira;
Mari kita pakat sama-sama,
Gemilangkan Malaysia di persada dunia.

Satu Malaysia jadi kenyataan,
Pasti PM tersenyum bangga;
Menabur jasa janganlah bosan,
Biarpun terkorban jiwa dan raga.

Malaysia ini milik semua,
Rakyat hidup dalam sejahtera;
Tercipta sudah negara bangsa,
Pemimpin dan rakyat seiring sekata.

Satu Malaysia rakyat patriotik,
Bersatu padu bersatu hati;
Rakyat sejahtera tanpa konflik,
Negara makmur Malaysia dihormati.

Karya:  Ummu Sal
            (31 Ogos 2010)
            (Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)

Syair 1Malaysia Sayangkan Negara


Tersebutlah kisah sebuah negara,
Malaysia digelar diberi nama;
Perdana Menteri bekerja bersama-sama,
Agar Malaysia jadi ternama.

Satu Malaysia ilham Perdana Menteri,
Galakkan rakyat bersatu hati;
Demi kerana negara dicintai,
Moga hidupmu terus diberkati.

PM mengajak rakyat bersatu,
Pelbagai kaum bersatu padu;
Memupuk minda generasi baru,
Demi kerana Malaysia yang satu.

PM bekerja tak kira masa,
Pentingkan rakyat dari segala;
Kerahkan menteri beri kerjasama,
Asalkan rakyat hidup bahagia.

PM dan menteri kerja bersungguh,
Demi rakyat negara teguh;
Petah bicara bila berhujah,
Agar rakyat dapat berteduh.

PM kita pencetus revolusi,
Galakkan rakyat berkreativiti;
Minda penuh daya imaginasi,
Lahirkan produk berinovasi tinggi.

Menteri kabinet beri perhatian,
Ikut arahan dalam panduan;
Ada kuasa jangan disia-siakan,
Hilang kuasa dalam penyesalan.

Apalah ada pada kuasa,
Salah guna bawa binasa;
Jalankan tugas hati yang waja,
Hidupmu pasti rasa bahagia.

Rakyat perlu pemimpin berjasa,
Menabur jasa sudahlah biasa;
Ramah tamah tak gila kuasa,
Moga hidupmu aman sejahtera.

Melayu Cina India janganlah iri,
Segala usaha tidak menjadi;
Bila bersatu wajah berseri,
Pelbagai bangsa jadi menteri.

Sabah Sarawak tidak dilupakan,
Sama rata diberi peruntukan;
Justeru itu kekalkan perpaduan,
Pasti hidup dalam kesejahteraan.

Mari semua hidup berdamai,
Fikirkan negara amanlah damai;
Indah sungguh hidup yang permai,
Segala budi sama disemai.

Kementerian Pelajaran iktirafkan guru,
Guru berkualiti amat diseru;
Biar murid berminda baru,
Demi kerana Malaysia yang satu.

Ilmu itu pelita hati,
Hati gelap akan diterangi;
Bila gagal cubalah lagi,
Kejayaan cemerlang sedia menanti.

Penjawat awam ubahlah minda,
Jadikan minda kelas pertama;
Seiring dengan kehendak arus perdana,
Kerajaan dan rakyat pasti berjaya.

Majikan perlukan pekerja ikhlas,
Sungguh-sungguh melakukan tugas;
Janganlah ada bersikap malas,
Majikan pun tidak akan bertegas.

Usahawan cemerlang negara terbilang,
Azam bersungguh tak pernah hilang;
Usahakan hati terang benderang,
Barulah usaha jadi terbilang.

Budi bahasa budaya kita,
Adab sopan apabila bicara;
Bila begitu ramai yang suka,
Hidup pasti lebih ceria.

Sifat jujur haruslah ada,
Ke mana pergi senanglah rasa;
Takkan ada rasa kecewa,
Hati pun bersih hasad pun tiada.

Bertuahnya hidup di bumi Malaysia,
Berkat kepimpinan yang bijaksana;
Di bawah pemerintahan Agong adil dan saksama,
Rakyatnya hidup aman dan sejahtera.

Pos Malaysia lambang merdeka,
Kerana terpanggil untuk berjasa;
Demi kerana Negara tercinta,
Moga jasamu dikenang hingga bila-bila.

PM mahu PDRM berintegriti,
Jalankan tugas penuh teliti;
Agar rakyat rasa dilindungi,
Jasa baktimu tetap dihargai.

Satu Malaysia sayangkan negara,
Rasa cinta terus membara;
Teruskan perjuangan walau di mana,
Biarpun terpaksa bekorban nyawa.

Sekian sahaja syair Malaysia kusayang,
Rakyatnya hidup tolong menolong;
Budi yang baik tak akan hilang,
Moga negara terus gemilang.



Karya:  Ummu Sal
            (31 Ogos 2010 Bersempena Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Ke-53)

Pantun TV3 Inspirasi Hidupku


TV3 Inspirasi hidupku,
Menyajikan siaran yang bermutu;
Membuat peminat rasa tak jemu,
Mendapat sambutan sudahlah tentu.

Datuk Johan Jaafar orangnya berwawasan,
Menghasilkan produk memang berkualiti;
Warganya tidak pernah bosan,
Menjalankan tugas penuh teliti.

Datuk Seri Farid Ridzuan bos memahami,
Warga TV3 amat menyenangi;
Semua masalah sama ditangani,
Agar penonton rasa dihargai.

TV3 raikan Ulang Tahun Kedua Puluh Enam,
Banyak rintangan sudah dilalui;
Bila bekerja azam tertanam,
Setiap strategi dikaji diteliti.

Rancangan TV3 memang popular,
Semua golongan meminati rancangan disiar;
Masalah rakyat tiada dibiar,
Berjaya diselesaikan banyak ikhtiar.

TV3 menganjurkan  Program Realiti,
Untuk menyungkil bakat rakyat Malaysia;
Pemenang dipilih dengan teliti,
Melahirkan ikon popular sentiasa.

Rakyat sentiasa ikuti Buletin Utama,
Menyampaikan berita untuk rakyat;
TV3 sentiasa mendapat kerjasama,
Membela kehidupan setiap masyarakat.

Program Bersamamu mengusik jiwa,
Berair mata jiwa meruntun,
Deritamu Deritaku kan kubawa,
Siaran TV3 mendapat simpati penonton.

Pihak swasta menempah iklan,
Menempah iklan di TV Tiga;
Produk diiklankan mendapat sambutan,
Kualiti produk tetap dijaga.

Sambil menonton mendapat ilmu,
Jenama TV3 memang berkualiti;
Penonton menonton rasa tak jemu,
Kerana mendapat ilmu yang tinggi.

Pasti Hebuh hadiah untuk rakyat Malaysia,
Turun ke padang bertemu peminat;
Ke mana pergi ramai peminat setia,
Warga TV3 bekerja tak pernah penat.

Malaysia Hari Ini amat popular,
Bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat;
Pengacara TV3  amat berkaliber,
Diminati oleh ramai peminat.

Wanita Hari Ini rancangan diminati,
Menyampaikan mesej pelbagai kisah;
Pengacara TV3 berkarisma tinggi,
Kalau tak tonton resah gelisah,

Hati Lelaki disiar setiap Rabu,
Menyelami perasaan hati lelaki;
TV3 siarkan untuk yang satu,
Ke mana kau pergi tetap dijejaki.

999 rancangan sangat berkualiti,
Bermotifkan untuk membanteras jenayah;
TV3 mengambil langkah berani,
Berhadapan bahaya tidak dikisah.

Aduan Rakyat khas untuk rakyat,
TV3 amat memahami masalah rakyat;
Budi baik TV3 dikenang rakyat,
Syabas! TV3 jasamu dihargai rakyat.

TV3 siarkan setiap Jumaat Al-Kulliyyah,
Penceramah jemputan semuanya berkaliber;
Penonton mendengar mendapat hidayah,
Mesej diterima menjadi sumber.

Drama TV3 menyentuh hati,
Mendapat sambutan di luar dugaan;
Penerbit drama seorang teliti,
Mesej disampai dekat di hati penonton.

Maya Karin Pengacara Nona,
Sentiasa tersenyum penonton tak jemu;
Mesej disampai penonton terpesona,
TV3 siarkan di hujung minggu.

Setiap Sabtu dan Ahad Motivasi Pagi,
Fedtri Yahya pengacara berpotensi;
Berjiwa kreatif dan berinovasi,
Menjadi ikon TV3 sudahlah pasti.

TV3 inspirasi hidupku,
Rancangan disiar sentiasa ke hadapan;
TV3 berjasa demi rakyat dan negaraku,
Popular TV3 kerana berwawasan.



Karya: Ummu Sal
(Bersempena Ulang Tahun TV3 Ke-26)


Puisi TV3 Inspirasi hidupku!

TV3 kau sumber inspirasi hidupku.
Tanpamu tiada cerialah hidup ini.
Kau mempelangikan kehidupan rakyat Malaysia.
Kau menyelami susah senang rakyat Malaysia.
Kau ibarat pejuang bangsa!
Rancangan yang disiarkan…
Tak jemu ditonton!
Tak jemu didengar!
Ada mesej tersendiri untuk semua golongan…
Mereka dihargai! Mereka dibanggai!
Justeru negara membanggaimu!
Teruskan pejuanganmu demi negara tercinta!
Kau sumber inspirasi hidupku…
Tanpamu siapalah aku!

Karya: Ummu Sal
(Bersempena Ulang Tahun TV3 Ke-26)

PANTUN RTM MERENTAS ZAMAN


Menteri Penerangan galakkan warga RTM berminda kreatif,
Sampaikan mesej penuh daya kreativiti;
Kalau semuanya berminda positif,
Pastinya RTM rancangan diminati.

Rancangan RTM sentiasa dinanti,
Tak dengar tak tonton rasa gelisah;
Rancangan digemari sudahlah pasti,
Menyiarkan mesej pelbagai kisah.

RTM sentiasa merentas zaman,
Sebelum merdeka hingga kini;
Mesej perjuangan disampai tak pernah bosan,
Penonton dan pendengar setia menanti.

Silih berganti Menteri Penerangan,
Segala dirancang dikaji diteliti;
Mesej disampai penuh mampan,
Segala pesanan lekat dihati.

Rakyat hargai jasa RTM,
Menyampaikan wadah perjuangan rakyat;
Menyuburkan semangat perpaduan kaum,
Agar 1Malaysia hidup bermasyarakat.

Jenama RTM semakin popular,
Kerana RTM tetap unggul;
Rancangan digemari sentiasa disiar,
Kerana itu banyak pingat dirangkul.

RTM tetap nombor satu,
Rancangan disiar citarasa rakyat Malaysia;
Diminati generasi lama dan baru,
Membina minda Negara bangsa.

RTM diminati satu Malaysia,
Mesej disampai penuh wibawa;
Demi kerana negara tercinta,
Rela berkorban masa dan tenaga.

TV1 saluran berinformasi,
Rancangan disiar tak pernah basi;
Semua warga RTM ada potensi,
Kecemerlangan RTM sama dikongsi.


Semua Pengarah RTM berjiwa kreatif,
Pekerja digalak berproduktiviti tinggi;
Akan berjaya bersikap positif,
Jadi realiti ekonomi berpendapatan tinggi.

RTM menterinya berjiwa patriotik,
Wadah perjuangan disampai tak pernah jemu;
Pekerja bekerja tiada konflik,
Mesej kerajaan disampai sentiasa terbaru.

Kerenah lucu DJ peminat terhibur,
Bila bicara penuh adab dan sopan;
Terhibur sungguh bila mendengar,
Buatkan peminat rasa tidak kesepian.

Drama RTM memang berkualiti,
Memaparkan kisah rakyat berminda baru;
Rakyat digalak hormat menghormati,
Penonton mendengar pasti terharu.

Berita Utama pastinya yang terkini,
Berita didengar sentiasa dinanti;
Apa disampai memang diminati,
Kesahihan berita sudahlah pasti.

RTM sampaikan mesej kerajaan untuk rakyat,
Rakyat memahami dengan jelas;
Menabur jasa untuk masyarakat,
Peruntukan masyarakt dibuat telus.

Pengacara dan DJ RTM diminati ramai,
Kerana mereka berkarisma tinggi;
Menjalankan tugas penuh dedikasi,
Buatkan mereka amat diminati.

Warga RTM bekerja sepenuh hati,
Semuanya berazam bermatlamat sama;
Gagasan 1Malaysia menjadi realiti,
Barulah ketenangan dirasai bersama.

PM berazam kotakan segala janji,
Demi rakyat dan negara tercinta;
Peranan RTM amat dipuji,
Sampaikan mesej kerajaan tetap dikota.

Rakyat sumber inspirasi RTM,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
Selagi tak selesai rasa tak tenteram,
Kesejahteraan rakyat menjadi utama.

Tiada hari tanpa RTM,
Siarannya dinanti lagi diminati;
Rancangan disiar semuanya terangkum,
Jenama RTM berkualiti sudahlah pasti.

Y.B Datuk Seri Dr Rais Yatim menteri prihatin,
Mempopularkan RTM dalam pemodenan;
Kakitangan RTM ambil perhatiaan,
Rancangan disiar merentas zaman.


Karya:  Ummu Sal
        (1 April 2010 Bersempena Ulang Tahun RTM Ke -64)





Puisi RTM Merentas Zaman
Karya: Ummu Sal


RTM kau dilahirkan untuk rakyat Malaysia...
Kau pejuang bangsa!
Kau pembina negara bangsa!
Selama 64 tahun kau berjuang…
Banyak perit getir yang telah kau tempuhi.
Pengalaman selama itu membuatkan kau matang…
Untuk terus mara ke hadapan mencipta nama ke antarabangsa.
Mesej yang disampaikan merentas zaman…
Tak pernah jemu ditonton…
Tak pernah jemu didengar…

Merakyatkan RTM… Itu misi sebenarmu
justeru rakyat sentiasa menyokongmu
untukmu terus berdiri gagah! Dan Megah!
Menyibarkan Jalur Gemilang penuh megah!
Moga kau terus berjuang…
Untuk mentranfomasikan minda baru rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia amat menghargaimu!
Moga kau terus berjuang …
Demi rakyat dan negara tercinta!

Karya:  Ummu Sal
        1 April 2010
        (Bersempena Ulang Tahun RTM Ke-64)

PUISI SELAMATKAN BUMI!


Bumi oh! Bumi!

Kusayangmu...

Kucintamu...

Justeru kumenyeru...

Pada sekelian penghuni bumi,

“Selamatkan bumi daripada peperangan!

Sayangi bumi dengan kedamaian...

Indahkan bumi dengan kehijauan...

Pastinya bumi rasa ketenangan!”



Karya : Ummu Sal
        (Sempena Sambutan Hari Bumi Sedunia)

PANTUN SATRIA


Hajat hati nak jadi perwira,
Tiada kudrat apalah dayaku;
Namun begitu bersemangat satria,
Relaku mati demi negaraku.

Kata ibu datukku seorang pahlawan,
Keturunan hulubalang Raja Bugis;
Aku bersyukur berdarah pahlawan,
Kutiupkan roh patriotik di jiwa pewaris.

Rupanya aku tidak keseorangan,
Di luar sana menyokong  perjuanganku;
Sokong menyokong atas dasar perjuangan,
Di perjuangkan habis-habisan demi negaraku.

Takkan hilang melayu di dunia,
Ini sumpah pahlawan Hang Tuah;
Melayu bersatu bermuafakat bersama,
Itulah matlamat pewaris Hang Tuah.

Berjuang tetaplah berjuang jua,
Pantang undur sebelum berjuang;
Kepahlawanan melayu terkenal di serata dunia,
Gagahnya pahlawan terus gilang-gemilang.

Jasa  perajurit memang tidak dilupakan,
Jasamu mewangi hingga ke mati;
Siap siaga demi  agama  dan negara dipertahankan,
Kaulah perwira rakyat dan negara  sejati.

Pasukan Polis bersedia berkhidmat,
Bersiap siaga setiap  masa;
Menangani jenayah begitu cermat,
Agar negara dan  rakyat aman sentiasa.

Tentera Udara Malaysia segak bergaya,
Berkhidmat sepenuh jiwa dan raga;
Pertaruhkan nyawa di angkasa raya,
Keamanan Malaysia di puncak jaya.

TLDM tidak kurang hebatnya,
Berada di laut bersiap siaga;
Musuh yang datang akan ditentangnya,
Demi keamanan negara sentiasa dijaga.

Pasukan RELA rela berkorban,
Berkorban masa dan juga tenaga;
Berkhidmat dengan RELA atas dasar keikhlasan,
Demi rakyat dan negara tercinta.

Jasa PEKIDA tidak dilupakan,
Matlamatnya jelas pertahankan agama dan negara;
Kesatria di jiwa dipertaruhkan,
Semangat perjuangan terus membara.

PERKASA  kusanjung  jasamu,
Berjuang habis-habisan demi agama dan negaramu,
Tidak pernah berputus asa di hatimu,
Perjuangan dipertaruhkan tiada jemu.

PEWARIS Malaysia mempertabatkan melayu tanpa jemu,
Roh perjuangan tepat dan jelas;
Semangat membara-bara hidup di hatimu,
Moga murni perjuanganmu Allah membalas.

Seni  persilatan melayu amat dikagumi,
Kepahlawananmu  tiada  tandingannya;
Generasi muda  minat  mempelajari,
Ilmu persilatan melayu dekat di hatinya.

Kebangkitan rakyat Mesir kekejaman Hosni Mubarak,
Pemerintahan diterajui menzalimi rakyat;
Jutaan rakyat bangkit memberontak,
Akhirnya kemenangan menyebelahi rakyat.

Kekejaman pemerintahan Libya terus dipertahankan,
Jutaan rakyat bermandikan peluru dan darah;
Pemimpinnya  rakus  gilakan  kekuasaan,
Kemusnahan negara dan rakyat tinggal sejarah.

Rakyat  Malaysia  cintakan  keamanan,
Pemimpin  Malaysia  cintakan  negara;
Rakyat  dan  pemimpin  saling  sefahaman,
Saling  berkorban  demi  negara.

Peristiwa  Mesir dan Libya jadikan pedoman,
Jangan dengki-mendengki  rakyat dan pemimpin;
Negara sentiasa  terus aman,
Kedaulatan negara sejak berzaman.

Pahlawan melayu pantang berundur,
Rela bermandikan darah dihujani peluru;
Demi pewaris takkan berudur.
Nyawa dipertaruhkan di setiap penjuru.

Berkibarlah  benderaku  terus  berkibar,
Rakyat dan pemimpin terus pertahankan;
Rakyat Malaysia jangan dicabar,
Roh perjuangan  meniti zaman.

Karya:  Ummu Sal
            25 Mac 2011
            (Bersempena Memperingati Hari Polis Malaysia Ke-204 Tahun)

PANTUN KARYA SENIKU


Bismillahirrahmanirrahim pembuka kata,
Assalamualaikum  teman facebook ku;
Di alam maya kita berkata ,
Tanpa suara namun dekat di hatiku.

Doakan aku duhai teman facebook ku,
Agar karyaku dilamar usahawan berjaya;
Jadi realiti impianku,
Karya tersimpan hendaknya berjaya.

Aku berpantun dengan teman facebook ku,
Bukan untuk membangga  diri;
Idea tercerna antara mereka dan aku,
Gembiranya hati tidak terperi.

Bersahabat atas dasar keikhlasan,
Bukan untuk mendapat balasan;
Menjalinkan talisiraturrahim tiada alasan,
Moga keberkatan sebagai balasan.

Terima kasih duhai saudaraku,
Kerana terimaku sebagai sahabatmu;
Perjuanganmu perjuanganku,
Moga persahabatan janganlah jemu.

Aku menulis sejak dulu,
Karyaku tersimpan  di galeriku;
Bila kutiada untuk generasiku,
Lambang cinta abadi dariku untukmu.

Aku menulis bukan kerana nama,
Tapi mahukan karyaku ternama;
Aku dan pembaca saling bekerjasama,
Agar penulisan senada seirama.

Ketika  bulan purnama aku berkarya,
Penaku disinari  cahaya rang bulan;
Seronoknya aku bila berkarya,
Tersyahdu aku keindahan bulan.

Tersyahdu aku keindahan bulan,
Bulan purnama sumber inspirasiku;
Bercita-cita menggapai bulan.
Kugenggam bara menjadi abu.

Bahagia hidup saling hormat menghormati,
Bahasa yang sopan pengubat hati;
Sebelum berkata perlu diteliti,
Indahnya bahasa diingat hingga ke mati.

Sampai mesej biar betul,
Jangan suka menabur fitnah;
Hina menghina patut diperbetul,
Berbudi pekerti tinggi tidaklah musnah.

Kata-kata indah pengubat hati,
Seperti berada di Taman Syurga;
Dalam perbalahan tiada yang menang,
Justeru betutur katalah seperti penghuni Syurga.

Dalam kata-kata ada pahala dan dosa,
Anda pilih yang mana satu;
Kata yang salah tetap berdosa,
Mendapat Syurga itu yang dimahu.

Kehidupan dipenuhi dengan cita-cita,
Disebatikan dengan bunga-bunga cinta suci;
Antara cinta dan cita-cita,
Capailah cita dan wangikan dengan cinta suci.

Kehidupan dunia indah dan mengasyikkan,
Kehadiran bulan dan pelangi penyeri hidup;
Kasih mengasihi atas dasar keikhlasan,
Bercinta kerana Allah kebahagiaan hidup.

Di siang hari diserikan pelangi,
Di malam hari disinari bulan;
Cinta yang murni terus mewangi,
Puisi  cinta  terpancar  di bulan.

Kutuliskan puisi cinta buat kekasihku,
Samada kau mengerti  ku  tak tahu;
Cintai aku  setulus hatimu itu mahuku,
Terpateri cinta hingga ke Syurga  doaku.

Jangan kau kunci pintu cintamu,
Berilah peluang menerima cinta;
Pemuda cintakan Allah layak untukmu,
Pasti hidupmu diselubungi kesucian cinta.

Cinta mencintai kerana Allah Yang Esa,
Al- Quran sebagai bukti cinta suci;
Kenikmatan cinta suci akan dirasa,
Penyatuan cinta roh dan jasad jadi serasi.

Cintailah aku seperti cinta penghuni Syurga,
Kerana cinta penghuni Syurga tak pernah luntur;
Cinta kerana Allah yang ada di Syurga,
Serahkan pada Allah kerana Dia Maha Mengatur.

Biarkan kujahit lukamu dengan benang cintaku,
Hatimu terluka boleh diubati;
Dalam bercinta penuh berliku,
Cinta berdasarkan iman itulah dihajati.

Cintaku berada di dalam bara,
Bara gelombang ombak mengganas;
Cintakan akhirat pasti gembira,
Kerana cinta akhirat berfaktakan yang bernas.

Syahdu sungguh senja di pantai,
Disyahdukan lagi suara azan;
Walau di mana solat diingati,
Moga di hari mati dalam keredhaan.

Kutinggalkan ilmu bukan dibanggai,
Hanya semata kerana Allah dicintai;
Moga pembaca mendoakanku  nanti,
Sebar luaskan karya ku ini.

Yang  baik itu  datangnya dari Allah,
Yang tak baik itu dari kelemahanku sendiri;
Ampunkan  aku  sekiranya  tersalah,
Sampai di sini aku mengundur diri.

Karya :  Ummu Sal
             25 Mac 2011

PANTUN IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF


Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur.

Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.

Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.

Saya kenalkan Dino dengan kawan,
Kawan gembira tidak terkata;
Di waktu rehat dibelanja kawan,
Dino tersenyum tersebar berita.

Tersebar berita berkawan dengan dinosaur,
Kedatangan Dino disambut mesra;
Dino diberi makan sayur,
Kemesraan mereka amat ketara.

Dino sakit saya bimbang,
Diberi ubat sembuh sakitnya;
Menyayangi Dino bukan kepalang,
Tidak ke sekolah kawan bertanya.

Masa cuti berkelah di pantai,
Semasa di pantai ramai berkerumun;
Meminati Dino yang bijak pandai,
Ramah tamah Dino mereka terpegun.

Semasa mandi-manda kami gembira,
Seakan berpesta besar-besaran;
Gembiranya hati tidak terperi,
Kerana Dino dapat kenalan.

Peminat Dino ramai tidak terkata,
Memberi hadiah tanda persahabatan;
Dino terima dengan hati terbuka,
Terima undangan tidak keberatan.

Hari-hari hidup gembira,
Kerana Dino sentiasa lucu;
Pergi ke sekolah membara-bara,
Ilmu ditimba terus maju.

Seekor kucing melintas jalan,
Dino selamatkan dari dilanggar;
Syukurlah kerana dapat berjalan,
Dibawa pulang saya bersyukur.

Kucing diberi nama Si Seberang,
Kerana tidak pandai menyeberang;
Baiknya kucing tidak menyerang,
Bahagianya kami dahulu hingga sekarang.

Dino tidak bersikap garang,
Walaupun Si Seberang ganas dengannya;
Dari dahulu hingga sekarang,
Dino bersabar dengan kerenahnya.

Si Seberang tidak lalu makan,
Risaunya saya bukan kepalang;
Berjumpa doktor Dino nasihatkan,
Sembuh terus sakit Si Seberang.

Kami ketawa terbahak-bahak,
Apabila Si Seberang dipakai baju;
Sakit perut ketawa terbahak-bahak,
Dino nasihatkan makanlah keju.

Sudah enam tahun kami berkawan,
Kehidupan kami amat membahagiakan;
Dino ke sungai menangkap ikan,
Si Seberang makan saya pun makan.

Kami bertiga tidak pernah bergaduh,
Kami bergurau setiap hari;
Tiada keluar perkataan bodoh,
Kasih sayang kami tidak terperi.

Bersiar di padang kami bertiga,
Si Seberang dengan saya sangat gembira;
Dibawa Dino berjaga-jaga,
Agar kami terus gembira.

Ikatan kami amat mesra,
Kami gembira hidup begini;
Bersenda gurau gembira sentiasa,
Saling sayang menyayangi sesama sendiri.

Indahnya hidup setiap hari,
Moga bahagia milik kami bertiga;
Berkasih sayang antara kami,
Hari-hari berbunga cinta Syurga.

Karya: Ummu Sal
       (25 Mac 2011)

Saturday, March 12, 2011

CERITA-CERITA IMAGINASI KANAK-KANAK KREATIF


KIKI

Kiki  suka berada  di bulan.
Di bulan Kiki main sorok-sorok dengan awan.
Kiki  ada sayap.
Kiki  terbang ke sana ke mari
bermain dengan bintang.
Di kepulan awan biru Kiki meniup seruling
sambil menyanyi lagu,  ‘Ibu Oh! Ibu’.

BULAN DAN BINTANG

Bulan tersenyum melihat anak burung
berbulu biru terbang mencari rezeki.
Bulan suka tengok gelagat  tiga ekor
kucing yang suka bermain dengan bintang,
duduk  di pelangi dan  seekor lagi
duduk di  tunggul kayu berangan bermain
sorok-sorok dengan bintang dan bulan.


HARI JADI JOHN

Setiap  tahun  John  meraikan hari jadi.
Hari ini hari jadi John  yang  kesembilan.
Ayah  John  membeli  kek  tiga  tingkat.
Hari jadi  John  sungguh meriah kerana
diadakan di sebuah taman bunga
di kelilingi rama-rama pelbagai warna.


TIKAR AJAIB

Puteri Aliya dengan Putera Aliba
sangat  gembira  kerana dapat terbang
dengan ‘Tikar Ajaib’.

Mereka dapat terbang  setelah terjumpa
dengan  ‘Pelita Ajaib’  yang  boleh memberi
kesaktian kepada  si pemiliknya.

Apabila penat mereka pulang  berehat
di Istana  Kayangan  yang  indah
lagi permai.


NINA SAYANGKAN BAYI DINOSAUR

Nina  tinggal di sebuah pulau bersama
bayi  Dinosaur. Mereka berdua
berkawan baik.
Nina sangat sayangkan bayi
Dinosaur.

Bayi Dinosaur sangat comel.
Telinganya panjang seperti  arnab.
Kukunya tajam  seperti harimau.

Nina  suka cium Bayi Dinosaur.
Bayi Didosaur tersenyum malu.
Bayi  Dinosaur sangat gembira.
Hidupnya hari-hari ceria.

Dia gembira kerana keluarganya
sangat baik dengan keluarga
angkatnya.
Walaupun dia cumalah haiwan
dan keluarga angkatnya manusia
tetapi mereka saling hormat
menghormati dan sayang
menyanyangi  di antara satu
sama lain.
Nina adalah kakak angkat  yang
sangat sayangkan ‘Bayi Dinosaur’.


BERMIMPI JADI ANAK GERGASI

Pada suatu hari Ramasamy pergi
berkelah di sebuah pulau.
Dia membawa bekalan.
Ramasamy tertidur kekenyangan.
Dia tidur dengan nyenyaknya,
ditiup angin sepoi-sepoi bahasa.
Ketika tidur Ramasamy bermimpi
menjadi anak gergasi.


CITA-CITA SAYA

Cita-cita saya hendak menjadi
seorang  doktor.
Saya mesti belajar bersungguh-
sungguh.
Apabila sudah menjadi doktor
nanti, saya boleh  nasihatkan
pesakit saya supaya  amalkan
makan makanan sihat  seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan.


TAMAN BUNGA IBU SAYA

Ibu  saya suka tanam pokok bunga.
Halaman rumah saya penuh dengan
pokok-pokok bunga.

Setiap petang saya menyiram  pokok-
pokok bunga.

Halaman rumah saya seperti  taman
bunga yang sangat indah di pandang
mata.

Ibu dan ayah saya suka hati melihat
pokok-pokok bunga yang segar dan
cantik.
Ibu saya kata,‘Taman bunga
membuatkan hatinya berasa aman
dan tenang.’


KERETA TERBANG

Pagi  Ahad  itu  Ah Chong bangun pagi.
Dia sangat gembira sambil menghirup
udara segar di jendela.

Setelah mendapat kebenaran ibu dan
ayahnya, dia terbang ke awan  biru.
Ah  Chong  sangat gembira kerana
tanpa sokongan kedua orang tuanya
Ah Chong  tidak akan dapat terbang
di awan biru bersama dengan kereta
terbang ciptaannya.


KEINDAHAN TAMAN BUNGA

Sungguh  indah taman bunga  yang
menghijau ini.

Menghidu bauan bunga-bungaan
yang mewangi setiap pagi.

Dihiburkan dengan kicauan burung-
burung seolah-olah sedang menyanyi-
nyanyi lagu merdu.

Diindahkan lagi dengan Sang Rama-Rama
yang berwarna-warni.
Sungguh indah!
Sungguh aman!
Buat hati rasa tenang!


KAMBING GURUN AJAIB

Ini Kambing Gurun Ajaib.
Kambing Gurun Ajaib ini namanya Lito.
Lito boleh terbang ke mana dia suka.
Lito suka bermain dengan bintang-bintang
yang  bergemerlapan  di langit malam.

Kadang-kadang  dia menanduk bintang.
Bintang suka  berkawan dengan  Lito.
Lito baik hati dan tidak pandai bercakap
bohong.


HARIMAU KEMBAR SIAM


Ini  Harimau Kembar  Siam.
Mereka telah selamat menjalani
pembedahan pemisahan semasa
bayi lagi.

Kini Harimau Kembar Siam telah
dewasa.

Ke mana pergi mereka selalu
bersama.

Setiap  petang,  Harimau
Kembar Siam pergi ke sebuah
tasik untuk menghilangkan
dahaga.

Harimau Kembar  Siam  sayang
menyayangi di antara satu sama lain.


KELUARGA ZIRAFAH


Ini  sekumpulan keluarga  zirafah.
Keluarga zirafah ini sangat bahagia.
Ke mana pergi mereka berkumpulan
bersama.

Ibubapa mereka penyayang  dan
bertanggungjawab.

Anak-anak dididik  supaya  hormat
menghormati di antara satu
sama lain.

Mereka hidup aman damai dan
berkasih sayang selamanya!


KUDA BELANG

Kesian sungguh dengan sekumpulan
kuda belang ini.

Mereka berlari sekuat hati daripada
ditembak oleh manusia yang tiada
perasaan belas kasihan.

Manusia kejam itu hanya mahu
mengaut keuntungan sahaja.

Mereka akan menjual kulit kuda
belang dengan harga yang tinggi.

Kuda belang akan pupus  di muka
bumi ini jika tidak dibanteras
jenayah membunuh kuda belang.


ZOO NEGARA

Saya suka pergi ke Zoo  Negara.
Di  Zoo Negara ada pelbagai
haiwan hidupan liar.

Singa senyum kepada saya.
Anak  zirafah sangat  comel.

Saya suka tengok anak gajah
pakai topi.  Sungguh  comel!
Anak gajah senyum kepada saya.

Saya sangat sayang semua haiwan
yang ada di Zoo Negara.

Nanti ada peluang saya akan
datang lagi ke Zoo Negara.


IKAN LUMBA-LUMBA

Ikan Lumba-Lumba sangat cerdik.
Perangainya suka  melompat-lompat
sambil menyumpit air. 
Sungguh melucukan!

Saya suka sangat dengan ikan lumba-lumba.
Saya pernah bermimpi, saya duduk
di belakang ikan lumba-lumba.

Dalam mimpi tersebut ikan lumba-
lumba membawa saya mengembara
ke dasar laut yang indah lagi permai.

Ibu kata saya tidur sambil tersenyum.
Saya ceritakan mimpi saya kepada ibu
saya. Ibu  pun tersenyum  geli hati.

Sungguh indah permandangan di dasar aut.
Di penuhi dengan batu karang, ikan pelbagai
jenis dan warna, tapak sulaiman, siput dan
bermacam-macam lagi.

Mereka hidup bersatupadu tanpa ada
pergaduhan. Masing-masing mencari
rezeki tanpa mengambil hak  penghuni
lain.

Saya suka dengan kehidupan penghuni
laut yang  aman, damai dan permai.


HADIAH WAU

Ayah membeli wau untuk saya.
Wau saya cantik.

Saya suka melihat wau saya terbang tinggi.
Wau saya terbang tinggi ditiup angin.
Saya gembira.
Ayah suka hati.
Ibu senang hati.

Wau! Sukanya hati saya hari ini.
Hendaknya kegembiraan saya ini
dapat dikongsi bersama  dengan
rakan-rakan  yang  seusia dengan saya.

Ibu-ibu …Bapa-bapa…Di luar sana
hadiahkan wau untuk anak kesayangan
anda!

Mereka pasti gembira.
Percayalah cakap saya.
Tak percaya cubalah!
Anak anda pasti gembira seperti saya.


SAYA WARGANEGARA MALAYSIA

Saya warganegara Malaysia.
Rakyat  negara  saya terdiri daripada
pelbagai  kaum  iaitu  Melayu, Cina dan
India.   Walaupun berbeza  agama,
bahasa, budaya dan warna kulit, kami hidup
aman damai tanpa sebarang sengketa.

Kami hidup bersatupadu,  tolong
menolong dan hormat menghormati.

Perdana Menteri saya yang ke-6
namanya YAB Dato' Sri Mohd Najib
Bin Tun Haji Abd Razak.


Saya menghargai Perdana Menteri
saya  kerana  dapat mencetuskan
Gagasan  1Malaysia iaitu,
1Malaysia Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan.
Saya percaya Gagasan 1Malaysia
akan berjaya! Ini membuatkan  negara
saya aman makmur selamanya!
Saya sayang negara saya!


Karya  :  Ummu Sal
              25 Jun 2011


Puisi Cakarawala Sumber Inspirasi  Saya

Saya suka kepada bulan kerana
bulan suka senyum kepada saya.

Saya suka bintang kerana
bintang tak jemu bersinar.

Saya suka matahari kerana
tanpa matahari hidup saya
gelap gelita.

Saya suka pelangi kerana
pelangi menceriakan hidup saya.

Saya suka semua yang ada di cakarawala
kerana semuanya telah memberi  inspirasi
kepada saya untuk menghargai Pencipta saya!

Saya Bahagia
Hidup saya indah…
Seindah bulan  di langit.
Hidup saya terang
Seterang  bintang  bergemerlapan.
Hidup saya ceria…
Seceria pelangi yang berwarna-warni.


Hidup saya bahagia...
Sebahagia  matahari yang memancarkan
sinar untuk penghuni bumi.

Hidup saya setia...
Sesetia pengedaran bumi berputar
mengikut paksinya.

Hidup saya aman...
Seaman planet di galaksinya yang
berputar mengelilingi matahari mengikut
orbit  masing-masing.

Kalau planet tidak mengikut  orbit  masing-masing
sudah pasti berlakulah pelanggaran planet-planet
di cakarawala. Akan  musnahlah  segalanya.

Justerus saya tidak mahu begitu!
Yang saya mahu penghuni bumi ini bahagia!
Dan sentiasa bersyukur kepada
Tuhan saya Pencipta Semesta Alam! 

Karya  :    Ummu Sal
                25 Jun 2010

Apabila Tapak Sulaiman Menjadi Bintang


Sejak berkurun lamanya tapak sulaiman
berada di dasar laut.

Tiba-tiba terdetik di hati tapak sulaiman,
‘Sampai bila aku jadi begini?’

Di dasar laut cuma nampak  bebayang
bintang-bintang  disimbahi cahaya rang bulan.

“ Alangkah bahagianya jika aku menjadi bintang!
Tiada bezanya aku dengan bintang
cuma  aku di dasar lautan
tidak berkedipan!
Bolehkah aku jadi bintang?
Bolehkahkah? Bolehkah? Bolehkah?
Di dasar ini aku tidak berfungsi
kepada penghuni laut
sedangkan aku ingin hidup
menyinari hidupku dan menyinari
hidup mereka yang memerlukan
kerdipan sinarku.” Tapak sulaiman
 mula menyedari kejahilannya.
Dia telah memasang impian.

Setiap hari tapak sulaiman
terus mengeluh...
Meratapi nasib diri…
Mencemburui kegemerlapan bintang
seolah-olah mereka mengejeknya
kerana berangan hendak
menjadi bintang.


“Kau siapa?
Jalan pun terhegeh-hegeh
di dasar laut ini…  Tanpa boleh berbuat apa-apa?
Lainlah aku boleh ke sana ke mari dengan pantas
dan ramai terpesona dengan kegagahan dan
kebijaksanaan aku...  Jangan nak beranganlah!
Ha…ha…ha…” Ejek  naga laut sambil menayangkan
kejadiannya yang unik mempersonakan seluruh penghuni
laut kerana itu naga laut
popular dan dihormati .

“Engkau jangan memperlekehkan
cita-cita aku.  Akan kubuktikan!
Lihatlah nanti!” Jerit tapak sulaiman
memecah keheningan malam itu.

Laut yang tenang tiba-tiba mengaum di sertai
dengan gelombang ombak mengganas!

Gerakkan dasar  laut telah membawa
tapak sulaiman ke dalam gelombang
ombak mengganas! Lalu menghempasnya
ke pantai.

Kini tapak sulaiman berada di pantai
di sinari cahaya pagi yang menyegarkan!

Seakan mimpi tapak sulaiman
berjalan ke sana ke mari
menari-nari.

Bila malam tiba tapak sulaiman
menikmati suasana malam sambil
memerhatikan kegemerlapan
bintang-bintang di langit di sinari
sinaran cahaya bulan.

Sungguh jelas permandangan tika itu
tidak perlu samar-samar lagi
tika berada di dasar laut.


“Bolehkah aku menjadi bintang?
Bolehkah? Bolehkah?
Bintang aku ingin berkawan denganmu?
Aku ingin menjadi sepertimu.”

“Tapak sulaiman, kau boleh menjadi
seperti kami jika kau yakin dengan
kebolehanmu! Percayalah!
Kami menunggu kau di sini!
Kau boleh! Pasti boleh!”
Kata perangsang bintang kepada
tapak sulaiman pada malam itu.

“Pelik ya macam mana bintang boleh
mendengar suaraku?
Sedangkan jarak dengannya,
dia di langit  aku di bumi,
komunikasi aku dengan bintang
satu keajaiban!”

Tiba-tiba kedengaran
gauman entah mana datangnya
memecah ketenangan malam.
Pepasir di pantai  berterbangan.

UFO rupanya sedang mendarat,
dua makhluk asing datang
menghampiri  tapak sulaiman.

“Tapak sulaiman mahu ke engkau
ikut kami?” Tanyanya.

Ke mana?”

“Ăšntuk merealisasikan cita-cita kau menjadi bintang?”

“Nak! Nak! Nak! Bodohlah aku kalau tak nak!”

Malam itu mimpi tapak sulaiman menjadi kenyataan!
Dia telah menjadi bintang!

Disambut bintang-bintang  yang ...
Bergemerlapan! Berkedipan! Berkilauan
yang menakjubkan tapak sulaiman!


Siapa sangka impian tapak sulaiman menjadi kenyataan?
Tidak sia-sia impiannya selama ini!
Barulah dia tahu tiada yang pelik di dunia
ini jika digunakan keajaiban minda!

“Aku berjanji kegemerlapan yang kumiliki ini
akan kukongsi bersama mereka yang ingin
menjadi sepertiku!”
Janji  tapak sulaiman pada dirinya.


Karya: Ummu Sal (23.1.2011)

PANTUN KUSAYANG IBU HINGGA KE HUJUNG NYAWA


KARYA:  UMMU SAL

Sayang sungguh pada ibuku,
Tanpamu siapalah aku;
Aku berjanji baik padamu,
Jasamu kuingat ke hujung nyawaku.

Ibu mendidik tanpa jemu,
Penuh dengan jerih dan payah;
Apa yang ada di hadapanmu,
Kau tempuhi hati yang teguh.

Banyak dosaku padamu oh! Ibu,
Maafkan aku yang tersilap;
Kesedihan hatimu buatku terharu,
Moga tak diulangi yang tersilap.

Nasihat ibu bagaikan mutiara,
Kukutip jadikan pedoman;
Azamku terus membara,
Untuk menjadi anak beriman.

Air matamu ibu buatku terharu,
Tersayat hati bagai nak gila;
Setiap tahun berazam baru.
Untuk menjadi anak soleha.

Sabarlah ibu dengan kerenahku,
Kerana tidak beradap sopan;
Aku berjanji padamu duhai ibuku,
Belajar bersungguh demi masa hadapan.

Kau buaikan aku hingga terlena,
Sambail buai dialun zikir;
Biar aku menjadi anak bijaksana,
Biarpun susah hatiku terhibur.


Dari meniarap boleh berjalan,
Bila berjalan terjatuh-jatuh;
Jatuh bangun terus berjalan,
Kasih sayang  padamu ibu tetaplah utuh.

Masa tadika belajar main-main,
Sekolah rendah berangan-angan;
Bila menengah dah ada wawasan,
Untuk menjadi insan jutawan.

Kini aku sudah remaja,
Kali pertama masuk universiti;
Sudah remaja masih bermanja,
Ibuku sayang tetap dihormati.

Hajat di hati menggenggam ijazah,
Untuk kuhadiahkan kepada ibuku;
Tidaklah hidup menjadi susah,
Dorongan ibu buatku terharu.

Berkat doamu aku berjaya,
Berubahlah hidup kita anak beranak;
Nasihatmu ibu menjadi panduan,
Kuamalkan sejak di zaman kanak-kanak.

Impianku menjadi kenyataan,
Menghadiahkan rumah untuk ibuku;
Ibuku balas dengan senyuman,
Itu tandanya kasih buat ibuku.

Syukur aku kepada Tuhan,
Mengurniakan aku seorang ibu;
Akan kujaga dengan belas kasihan,
Tanda sayangku buat ibuku.

Suka duka kita bersama,
Meniti hidup penuh mencabar;
Ke mana pergi kita bersama,
Moga kita sentiasa bersabar.


Hidup bahagia impian kita,
Sudah bahagia mengucap syukur;
Melimpah ruah rezeki  tidak terkata,
Patutlah kita bersujud  syukur.

Kutatap wajah ibu dengan kesayuan,
Segala ihsan terluruh sama;
Panjangkan usia ibuku oh! Tuhan,
Biar kubalas jasa hingga ke hujung nyawa.

Kebahagian ibuku kebahagianku,
Kudoakan ibu bahagia selalu;
Sepanjang hanyat kuingat budi baikmu,
Doaku di Syurga kita bersama oh! Ibuku.

Sepanjang hayat kita bahagia,
Matlamat hidup kita ke sana;
Di Syurga kita bahagia bersama,
Moga Allah mengabulkan doa.

Karya:   Ummu Sal
             8 Mei 2010
             ( Bersempena Memperingati Hari Ibu Sedunia )


Puisi  Buat Ibu  KuSayangmu Hingga Ke Hujung Nyawa

Ibuku sayang…
Sudah 25 tahun usiaku..
Aku masih begini…
Aku gagal menggembirakan hatimu…
Aku belum mampu menghadiahkan rumah untukmu…
Walaupun aku berimpian untuk menghadiahkan sebuah banglo untukmu.
Aku belum mampu membelikan apa sahaja yang kau hajati…
Cuma yang kumampu menghadiahkan tasbih mutiara untukmu ibu
dengan keberkatan tasbih ini nanti aku akan dapat melaksanakan
impianku untukmu ibu.

Sempena hari ibu ini tiada apa yang dapat kuungkapkan melainkan
sesungguhnya aku sayang padamu ibu!
Moga Allah membalas budi baikmu dengan ganjaran Syurga kerana
membesarkan aku dan mendidikku.

Selamat hari ibu untuk ibuku tersayang hingga ke hujung nyawa!

Karya:   Ummu Sal
             8 Mei 2010
             ( Bersempena Memperingati Hari Ibu Sedunia )

PANTUN IBUKU SAYANG


KARYA:  UMMU SAL

Nama ibuku Hajah Fatimah,
Baik hatinya bukan kepalang;
Orangnya ramah dan tamah,
Ke mana pergi tetap disayang.

Ibu Fatimah wanita rupawan,
Cantik rupa cantik bahasa;
Kerana itu Mohd Ali tertawan,
Diterima pinangan kerana gagah perkasa.

Dilayan suami bagaikan permaisuri,
Hidup berkeluarga bagaikan di Syurga;
Wajah isteri bagaikan bidadari,
Menyayangi suami makan minum dijaga.

Bapa ke laut ibu di rumah,
Menjaga anak-anak penuh kasih sayang;
Tetamu datang dilayan hormat,
Ke mana pergi semuanya sayang.

Ibu Fatimah berkorban apa saja,
Demi kepentingan anak-anak tercinta;
Pelajaran diutamakan buat  kuteruja,
Sedari kecil kutanam cita-cita.

Kasih ibu sama rata,
Anaknya sepuluh semuanya disayangi;
Ibu mengasuh dengan kasih dan cinta,
Cinta dicurah terus mewangi.

Ibu dan bapa pasangan bahagia,
Ke mana pergi selalu bersama;
Semua anak-anak terasa bahagia,
Kami disayangi semuanya sama.

Ibu dan bapa pergi ke laut,
Pergi ke laut mengambil bunga karang;
Cinta ibu tak pernah surut,
Dari dulu hingga sekarang.

Kata ibu datukku seorang pahlawan,
Menyandang jawatan hulubalang  Raja Bugis;
Kepahlawanan datuk buatku teruja,
Gugurnya datuk buatku menangis.

Ibu dan bapa berpakat bersama-sama,
Besarkan anak-anak tanpa balasan;
Budi baik anak-anak semua diterima,
Sebagai balasan yang tak pernah bosan.

Ibuku sedih aku pun sedih,
Pemergian bapa masih terkesan;
Hati ibu memanglah pedih,
Sayangilah anak-anak bapa berpesan.

Hampir berbulan ibu termenung,
Pergi ke pusara melepas rindu;
Kasih sayang suami terkenang-kenang,
Rindukan suami dalam tangis dan sendu.

Mujurlah ada anak-anak ramai,
Senyum dan tawa pengubat rindu,
Hati ibu terasa damai,
Kasih sayang anak-anak tetap berpadu.

Ibu besarkan anak-anak tanpa bapa,
Cekalnya ibu pergi berniaga;
Segala cabaran dihadapi pelbagai rupa,
Demi kesejahteraan kami sekeluarga.

Ibuku wanita pandai berniaga,
Dicongak dihitung dengan bijaksana;
Pelanggan dilayan seperti keluarga,
Keberkatan berniaga keuntungan diterima.

Ibuku kini sudah bersara,
Perniagaan diwarisi oleh kakakku;
Rehat ibuku ibu disara,
Pengorbanan ibu tetap di hatiku.

Pengorbanan ibu dihargai anak,
Dirikan banglo  untuk ibu tersayang;
Kini anak beranak pinak,
Hidup bercucu cicit sayang menyayang.

Di pagi Syawal bahagianya kami,
Anak cucu cicit berkumpul bersama;
Begambar sekeluarga untuk dikenangi,
Ibu gembira hadiah diterima.

Bahagia ibu dikelilingi anak cucu,
Ibuku panyayang jadi nenek penyayang;
Ke mana pergi disayangi anak cucu,
Anak dikasihi cucu disayang.

Kasih ibu bawa ke Syurga,
Kasihkan isteri hingga ke mati;
Bahagia hidup kita sekeluarga,
Sayang menyayangi  lekat di hati.

Indahnya hidup bersama ibu,
Hidup penuh kasih dan sayang;
Ibuku satu dalam beribu,
Kasih sayang ibu terbayang-bayang.


Karya: Ummu Sal
           8 Mei 2010
           ( Bersempena Memperingati Hari Ibu Sedunia )


Puisi  Ibuku  Sayang

Ibuku sayang…  Kusayang ibu…
Kukasih ibu… Selagi hayat di kandung badan.

Dalam usia selewat begini…
Aku masih belum dapat membalas jasamu.
Mungkin tidak sekarang…
Mungkin akan datang,  dapat  membalas jasamu.

Semalam aku bermimpi…
Ibu menghadiahkan aku sepohon
pokok berbuahkan permata.
Aku memetik gugusan permata
dari tangkainya.
Apa maknanya Allah saja yang tahu.

Terima kasih ibu…
Kerana sudi membesarkan dan
mendidik kami dengan kasih
dan sayang yang teramat ikhlas.
Moga Allah sahaja yang dapat membalas-Nya.

Selamat hari ibu.
Aku sayang ibu selagi hayat di kandung badan.
Moga kita sekeluarga dapat hidup di alam Syurga nanti.
Amin Ya Rabbal A’Lamin.

Karya  :    Ummu Sal
                8 Mei 2010
               ( Sempena Memperingati Hari Ibu Sedunia )

PANTUN KENANGAN BERSAMA BAPA TERSAYANG


KARYA:   UMMU SAL

Bapaku bapa penyayang,
Besarkan aku dengan kasih dan sayang;
Agar aku mejadi anak cemerlang,
Bila dewasa menjadi warga terbilang.

Semasa kecil anak yang bijak,
Ibu tersenyum bapa gembira;
Bila belajar biarlah banyak,
Semangat belajar terus membara.

Pagi-pagi pergi sekolah,
Pergi sekolah dihantar bapa;
Bila belajar tidak bermasalah,
Ditegur guru tidak mengapa.

Sebelum sekolah bersarapan dulu,
Bersarapan pula dengan bapa;
Bila gagal berasa malu,
Ulangkaji pelajaran janganlah lupa.

Kerja bapa sebagai nelayan,
Menangkap ikan setiap pagi;
Kerenah anak semuanya dilayan,
Besarkan anak tak akan rugi.

Bapa seorang kuat bekerja,
Untuk menyara ahli keluargaku;
Pergi ke pasar ikan dijaja,
Buat belanja untuk diriku.

Keletihan bapa buatku terharu,
Kusediakan makanan untuk bapaku;
Biar bapa berehat dulu,
Kubelikan ubat bapa tak tahu.

Hidup susah tapi bahagia,
Dapat bapa seorang penyayang;
Sukanya hati tidak terhingga,
Mendapat kasih bapa tersayang.

Bila demam dibelikan lai,
Bila pening ditampal koyok;
Masa belajar jangan lalai,
Bila tua tidaklah nyanyuk.

Pergi ke dusun beli durian,
Bapa membeli untuk anak-anaknya;
Kasih bapa tidak bertepian,
Kusayang bapa tak perlu ditanya.

Bapa menonton bola sepak pingat piala dunia,
Aku menonton bersama bapa;
Bila gol bersoraklah dia,
Terlalu gembira gol pun lupa.

Bapa bersorak bagai nak rak,
Pasukannya kalah menepuk dahi;
Pasukan disokong mendapat perak,
Bapa kecewa aku dimarahi.

Kupujuk bapa jangan mengalah,
Di tahun lain pasti menang;
Bapa kecewa bukan mengalah,
Asalkan bapa berasa tenang.

Air hujan ditadah malam Jumaat,
Buat kuminum penerang hati;
Bapa mendoakanku setiap saat,
Agar lulus peperiksaan nanti.

Setiap Ramadhan aku gembira,
Makanan sahur bapa sediakan;
Aku bersahur penuh selera,
Masakan bapa tidak dilupakan.

Malam tujuh likur amat meriah,
Keliling rumah memasang pelita;
Bermain bunga api bapa tak marah,
Gembiranya hati tidak terkata.

Di pagi Syawal pergi  ke kubur,
Kusyuk sungguh bapa berdoa;
Kasihkan nenek tak pernah luntur,
Kasih sejati ke hujung nyawa.

Bapa bertakbir di pagi raya,
Syahdu sungguh bila mendengar;
Tiada beza miskin kaya,
Bermaaf-maafan tanda syukur.

Malam itu bulan mengambang,
Bapaku sakit menarik nafas;
Sakit bapaku buatku bimbang,
Rupanya bapa terhenti nafas.

Hidup bersama bapa tinggal kenangan,
Sudah tiga puluh tahun ditinggal bapa;
Kenangan bersama bapa dilupa jangan,
Ke hujung nyawa kusayang bapa.

Selamat hari bapa untuk bapaku,
Biarpun sudah tinggal kenangan;
Kukirim doa untuk bapaku,
Bahagia bersama dalam bayangan.



Karya:    Ummu Sal
          20 Jun 2010



Puisi Buat Bapaku Sayang

Bapaku sayang…
Meskipun sudah 30 tahun berlalu…
Kenangan hidup bersamamu masih tetap segar
dalam ingatanku.
Kau adalah bapa yang bertanggungjawab dan penyayang.
Aku disayangi… Aku dimanjai… Walaupun hidup dalam
serba kekurangan tapi kami bahagia hidup berkeluarga.

Terima kasih kerana telah mendidik dan membesarkanku
biarpun hidup bersamamu hanya 17 tahun tapi aku amat
menghargai  setiap budi yang diberikan padaku.

Terima kasih kerana sudi menyayangiku dengan penuh
keikhlasan. Moga kita berjumpa di Syurga nanti.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.


Karya: Ummu Sal
       20 Jun 2010
       (Bersempena Sambutan Hari Bapa)

SYAIR KELUARGAKU SAYANG


Tersebutlah kisah keluargaku tersayang,
Tinggal di Kampung Teluk Kemang;
Aman sentosa bersenang-lenang,
Hidup bahagia terkenang-kenang.
   
Mohd Ali ketua keluarga,
Anak isteri terurus terjaga;
Seorang bapa yang bijaksana,
Satu keluarga hidup bahagia.

Pagi-pagi pergi ke laut,
Ombak membadai tak pernah takut;
Berusaha bapa selagi larat,
Buat hatiku rasa tersayat.

Fatimah isteri yang baik budi,
Cantik rupa cantiklah hati;
Suami disayangi juga dihormati,
Cintakan suami hingga ke mati.

Anak-anak hidup bahagia,
Mendapat perhatian ibu dan bapa;
Ada masalah dikongsi bersama,
Pengorbanan ibubapa tidak dilupa.

Dikurniakan Tuhan anak sepuluh,
Dijaga dididik tak pernah mengeluh;
Sanggup berhujan sanggup berpeluh,
Demi kerana anak sepuluh.

Halimahtun Sa’adiah anak pertama,
Cantik rupawan berbudi bahasa;
Kerenah adik-adik semua diterima,
Semua adik-adik sayang padanya.

Anak kedua namanya Ramli,
Anak kesayangan Mohd Ali;
Tamat belajar pengajian tinggi,
Agar Ramli hidup dihargai.

Anak ketiga namanya Salmah,
Orangnya ramah dan tamah,
Asyik ketawa tak pernah marah,
Qada dan Qadar dia berserah.

Anak keempat Abdul Ghaffar,
Seorang pendiam kuat bersabar;
Kuat berusaha banyak ikhtiar,
Agar keluarga tidak terbiar.

Noraini pula anak kelima,
Rajin memasak untuk keluarga;
Orangnya pendiam berbudi bahasa,
Banyak berbudi banyak berjasa.

Hasnah anak keenam paling pandai,
Kepandaiannya tiada ditandingi;
Jasa ibu dan bapa amat dihargai,
Wajah bapa masih dibayangi.

Anak ketujuh namanya Khairiah,
Masa kelahiran disambut meriah;
Cepat merajuk bila dimarah,
Mohon maaf bila tersalah.

Saridah anak yang kelapan,
Bertanggungjawab beradap sopan;
Kuat bekerja hingga tak sarapan,
Ekonomi keluarga terus mampan.

Rabeah anak yang kesembilan,
Suka tersenyum suka berjalan;
Minat menulis jadi amalan,
Cita-cita ingin menggapai bulan.

Radziah anak yang bongsu,
Masa kecil suka menyusu;
Disayangi oleh ayah dan ibu,
Kini digelar puteri bongsu.

Anak-anak semuanya sayang,
Kasih sayang takkan hilang;
Hidup bahagia sayang menyayang,
Jasa ibu dan bapa tak akan hilang.

Ibu gembira anak bahagia,
Jangan putus ikatan keluarga;
Saling berhubung jalinan mesra,
Agar ikatan terus terbina.

Masa berlalu begitu pantas,
Ingin bahagia tiada jalan pintas;
Segala cabaran terus direntas,
Kasihkan keluarga tempat teratas.

Sekian sahaja syair keluargaku sayang,
Moga kasih takkan hilang;
Indah hidup berkasih sayang,
Bahagia keluargaku terus terbayang.


Karya : Ummu Sal
        5 Jun 2010



Puisi Keluargaku Sayang

Duhai bapa…
Kusayangmu hingga ke hujung nyawa.
Duhai ibu…
Kukasihmu tiada hadnya.
Duhai kakak…Duhai abang…Duhai adik…
Kusayang kalian tiada batasan…
Kita dikandungkan dalam perut yang sama…
Kita dibesarkan dalam satu bumbung,
Mana mungkin kita terputus kasih sayang!
Bersyukurlah kita ditakdirkan mempunyai
ibubapa yang baik hati dan penyayang.
Kita hidupkan kasih sayang ini
selagi hayat di kandung badan…
Moga kebahagiaan keluarga kita
terus berkekalan hingga ke Syurga
nanti, Amin Ya Rabbal A’Lamin.


Karya :  Ummu Sal
         5 Jun 2010

PANTUN GURUKU SAYANG MURIDKU SAYANG


KARYA:  UMMU SAL

Selamat menyambut Hari Guru,
Ucapan daripada muridmu untuk guruku;
Hingga kini terkenang budi baikmu,
Ilmu diajar rasa tak jemu.

Guru penyayang murid disayang,
Baik hatimu hingga kini kukenang;
Dikau mengajar terkenang-kenang,
Dalam peperiksaan jawapan terbayang-bayang.

Kuberi hadiah untuk guruku tersayang,
Bila mengajar penuh kasih dan sayang;
Budi baikmu takkan hilang,
Akan kubuktikan menjadi murid cemerlang.

Hari guru disambut penuh keceriaan,
Telatah guru murid terhibur;
Hadiah istimewa untukmu kuberikan,
Acara penyampaian semua teratur.

Guru  kreatif murid tak bosan,
Apa diajar didengar difaham;
Pulang ke rumah mengulangkaji pelajaran,
Ibubapa melihat teramat kagum.

Suasana bilik darjah penuh  ceria,
Dihias dengan lukisan kreatif;
Murid belajar berlumba-lumba,
Kerana semuanya berminda positif.

Suasana belajar amat menyeronokkan,
Guru  kreatif murid positif;
Apa  diajar semua difokuskan,
Impak pembelajaran  guru  kreatif.

Murid diajar beradap sopan,
Saling hormat menghormati asas perpaduan;
Tiada tercicir dalam pembelajaran,
Kerana itu satu kebanggaan.

Guru  cemerlang murid terbilang,
Itulah cita-cita Menteri  Pelajaran;
Apa diajar takkan hilang,
Kecemerlangan murid jadi tumpuan.

Murid bermasalah  guru  pening kepala,
Guru bermasalah murid yang rugi;
Kehidupan baru kini bermula,
Murid berjaya berpelajaran tinggi.

Guru mengajar sepenuh hati,
Demi kerana murid tersayang;
Apa  diajar lekat di hati,
Itulah harapan guru penyayang.

Pergi ke sekolah menuntut ilmu,
Ilmu itu pelita hati;
Menuntut ilmu janganlah jemu,
Masa depanmu bersinar nanti.

Apabila belajar bersungguh-sungguh,
Kerana itu amalan mulia;
Banyak ilmu janganlah megah,
Sifat riak membawa binasa.

Murid berdisplin  guru  gembira,
Sekolah lahirkan murid cemerlang;
Sukanya hati tidak terkira,
Kerana muridku terus gemilang.

Murid ponteng amatlah rugi,
Pelajaran tercicir masa depan gelap;
Suka ponteng jangan diulangi,
Dalam peperiksaan tidak tersilap.

Indah sungguh suasana sekolah,
Burung berkicauan  di waktu pagi;
Suasana sekolah sungguh meriah,
Keceriaan sekolah patut dipuji.

Guru besar kreatif sekolah cemerlang,
Murid ke sekolah penuh keazaman;
Setiap tahun sekolah cemerlang,
Gemilang murid itulah idaman.

Persatuan Ibu Bapa Guru bersatu hati,
Usaha melahirkan pelajar cemerlang;
Setiap cadangan akan direalisasi,
Agar murid terus gemilang.

Sekolah pencetus ilhamku,
Galakan guru pembakar semangatku;
Akan tersemat nasihat di hatiku,
Moga bahagia hidupmu hidupku.

Guru  Pembina Negara Bangsa,
Murid pencetus ilham guru;
Jasamu guru  kuingat  setiap masa,
Perpisahan nanti buat kuterharu.

Guruku sayang muridku sayang,
Ku di sini mengajar penuh kasih sayang;
Moga dikau menjadi pelajar cemerlang,
Impaknya nanti Negara terus gemilang.


Karya:   Ummu Sal
             16 Mei 2010
             (Bersempena Sambutan Hari Guru)



Puisi Guruku Sayang Muridku Sayang


Guruku sayang…
Aku amat terhutang budi padamu,
Kau mengajar aku tentang…
Kehidupan… 
Kehidupan  yang  semuanya
berpaksikan ilmu.

Tanpa tunjuk ajarmu…
Aku bagaikan burung patah sayapnya…
Kapal  hilang nakhodanya…
Hidup bagaikan gelap-gelita.


Guruku sayang…
Ajarlah aku…
Nasihatkanlah aku…
Pimpinlah aku ke jalan  benar …
Agar aku tidak terkapai-kapai
lemas di atas kejahilanku sendiri
tidak berminat menuntut ilmu.

Mulai  hari ini aku berazam
menjadi murid cemerlang dan terbilang!
Itulah janji aku! Itu sumpah aku padamu guru!
Terima kasih guru…
Di atas segalanya!
Tanpa mu siapalah aku!


Karya:    Ummu Sal
              16 Mei 2010
               (Bersempena Sambutan Hari  Guru)

PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA


Karya:  Ummu Sal

Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif,
Menganjurkan program pelbagai  aktiviti;
Maju negara kerana belia positif,
Belia cemerlang itulah yang dihajati.

Hari belia disambut penuh gemilang,
Belia gembira pergi ke sana;
Pergi ke sana merebut peluang,
Masa depan tercerna negara terbina.

Program  diatur mengikut citarasa belia.
Asalkan belia jadi cemerlang;
Program  diatur dikawal selia,
Agar belia terus gemilang.

Setiap 15 Mei  Hari Belia Negara.
Untuk memperingati belia berjasa;
Sayangkan belia sayangkan negara,
Pemimpin hargai setiap belia.

Hari ini belia diraikan,
Dalam suasana penuh ceria;
Jasamu belia tidak dilupakan,
Kerana dirimu harapan negara.

Pelbagai program di hari belia,
Hingga belia rasa teruja;
Tiada belia rasa kecewa,
Kerana minat belia semuanya ada.

Wajah belia berseri-seri,
Belia negara raikan hari belia;
Usaha  belia tetap dihargai,
Kerana dirimu harapan negara.

Di hari belia mendapat ilham,
Mendapat ilham menjadi ahli belia;
Di usia muda melabur saham,
Agar tak rugi di hari tua.

Bila menjadi ahli belia,
Hidup berubah merebut peluang;
Belia kreatif majulah negara,
Belia cemerlang negara terbilang.

Menteri Belia Dan Sukan banyak idea,
Ingin membangunkan belia Malaysia;
Program  dianjurkan dengan jaya,
Cemerlang belia untuk negara.

Belia produktif negara cemerlang,
Usaha  dibina atas keringat;
Jasamu menteri takkan hilang,
Ke mana kau pergi terus diingat.

Bertuahnya hidup belia Malaysia,
Sentiasa dihargai oleh kerajaan;
Rebutlah peluang  selagi ada,
Pastinya dikau menempa kejayaan.

Negara lahirkan ahli sukan,
Ramai sudah menjadi ternama;
Di mata dunia mengharumkan nama negara,
Pingat dirangkul negara berbangga.

Belia bersukan belia  cergas,
Segala aktiviti berjalan lancar;
Belia lemah patut bertegas,
Wajah berseri terus terpancar.

Belia digalak aktif bersukan,
Badan sihat minda cergas;
Mahu berjaya tiada alasan,
Tetapkan matlamat biar jelas.

Belia aktif kerana mendapat sokongan,
Diberi sokongan keluarga dan kerajaan;
Belia lemah terus ada kemajuan,
Diberi galakan juga bantuan.

Belia dan kerajaan saling memerlukan,
Kerana belia tiang negara;
Belia berkualiti lagi berwawasan,
Pastinya cemerlang belia  1Malaysia.

Tanpamu menteri siapalah belia,
Harapan belia terpikul di bahumu;
Jasamu menteri tidak dilupa,
Akan dihargai bila bertemu.

Belia kreatif penentu pembangunan negara,
Negara terus gilang gemilang;
Majulah belia majulah negara,
Tercipta sudah belia cemerlang.

Sukanya hati belia berjaya,
Keluarga tersayang turut gembira;
Semuanya gembira tidak terkira,
Kerana belia harapan negara.


Puisi Belia Harapan Negara

Beliaku…
Negara perlukanmu…
Justeru… Bangunlah dari lenamu…
Sedarlah dari lekamu…
Sedarlah dari lalaimu..
Mari kubimbingmu... Menuju kejayaan!

Jangan ada rasa rendah diri…
Jangan ada  rasa  kecewa…
Berubahlah demi…
Dirimu… Keluargamu… Negaramu… Pewarismu nanti.

Aku percaya kau boleh berjaya…
Jika semangat kentalmu datang…
Aku menantimu  di sini…
Bersama azammu untuk berjaya…
Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia.
Segalanya akan berubah! Percayalah!
Kerana kau adalah harapan negara!

Karya:    Ummu Sal
          15 Mei 2010
          (Sempena Hari Belia Negara )

Bosnia Takkan Kubiar Kau Derita


Embun menitis lesu tika
mentari terjaga dari lenanya.
Tatkala sang camar
menumpahkan dakwat merah
di meja perdamaian.
Lalu meneguk air di laut darah
membasahkan halkumnya,
memamah  nanah dan duri
demi kepuasan.

Meleparkan pandangan
ke ruang angkasa
yang tak pernah damai…
Dentuman adalah iramanya!
Terburai nyawa sana sini
adalah mata hatinya!
Tangisan anak kecil bukan ihsannya.

Demi agama dan bangsanya
adalah wawasan.
Mangsa derita adalah mereka rakyat Bosnia.
Semoga Tuhan memberi  kecekalan.

Kami negara yang kerdil ini
tertumpah kasih kasih padamu.

Takkan kubiarkan!
Kan kucangkan!
Kan kulaungkan!
Pada camar durjana!
Kami kirimkan merpati-merpati putih
dengan berita , ‘Bebaskan Bosnia!’
Pada seluruh benua Islam dan bergemalah,
‘Takkan kubiar kau derita!’

Karya:  Ummu Sal  (7. 5.1995)

Kebangkitan Rakyat Mesir


Siapa dia Hosni Mubarak?
Katanya dia rela mati
di tanah airnya ?

Apa maksud katanya itu?
Adakah dia seorang pejuang?
Pejuang bangsa dan negara?
Adakah dia  dia rela mati
kerana ingin mempertahankan
negaranya dari dijajah oleh
negara lain?

Hakikatnya dia
ditentang hebat oleh
rakyatnya sendiri  yang  mahu
dia berundur dari tampuk
pemerintahan kuku besinya
menindas rakyat Mesir.

Tahun demi tahun rakyat
Inginkan dibela kehidupan
oleh pemimpin mereka
hidup rakyat dibelenggu
dengan kemiskinan
mencengkam.

Mana perginya hasil negara
yang diperolehi?
Mana perginya pemikiran
jemaah menteri di bawah
pemerintah Hosni Mubarak?
Adakah mereka salahgunakan kuasa?
Dan lalai dengan kemewahan harta
dan kemegahan kuasa yang ada?
Hinggakan mereka lupa dengan
tanggungjawabnya kepada rakyat
Mesir yang inginkan pembelaan?

Sekarang semuanya sudah terlambat
untuk dirombak  segala tanggungjawab
merekalah yang patut dipertanggungjawab
apa yang berlaku di negara mereka sendiri

Seluruh rakyat Mesir memberontak
mahu dilepaskan dari cengkaman
pemerihtah kuku besi  pemimpin
mereka Hosni Mubarak.

‘Undur Hosni Mubarak!
Undur Husni Mubarak!
Kamu pemimpin
kuku besi!
Kami tak
perlukan kamu
Lagi!
Undur! Undur! Undur!

Sudah tiga puluh tahun
kami ditindas dan tertindas!
Cukuplah setakat ini
apa pun terjadi
kami akan berjuang
habis-habisan
walaupun nyawa
kami jadi
taruhan!

Jutaan rakyat Mesir
bangkit  kemarahan
yang memuncak
tidak terbendung
lagi dalam sanubari
setiap rakyat Mesir.

Rusuhan besar
berlaku di antara
pemerintah dengan
rakyat Mesir.

Negara dalam kucar-kacir
sistem kerajaan lumpuh
harga makanan melambung  naik
orang negara  asing dalam
ketakutan melihat negara perantauan
mereka tidak tenteram lagi.

Mereka ingin pulang ke negara asal
inilah akibat kalau negara
tidak aman.

Biarpan orang asing dalam
ketakutan rakyat Mesir membara-bara
beraninya untuk menentang
Hosni Mubarak
tiada sedikitpun rasa takut.

Kerajaan Hosni Mubarak
mesti ditumbangkan
kalau tidak Mesir
akan hancur.

Biar rakyat yang
hancurkan Hosni Mubarak
jangan Mesir  hancur
di tangan penjeyah perang
yang ada di luar sana...
Mereka di luar sana
yang anti Mesir sedang
bergelak ketawa
menunggu masa
kehancuran Mesir.

Nanti bila Mesir sudah
musnah dengan mudah
mereka akan menakluk
Mesir.

Kebangkitan rakyat Mesir
patut menjadi teladan kepada
negara-negara  lain untuk
menginsafi bahawa
kehendak rakyat untuk
diibela nasib mereka
hendaklah diutamakan
oleh pemimpin
kalau tidak inilah
jadinya!

Hosni Mubarak
berundurlah demi
rakyat dan negaramu.
Buangkan keegoaanmu
yang telah sebati dalam
dirimu .

Cukuplah setakat ini
kau memerintah !
Rakyat Mesir tidak
memerlukanmu lagi
undurlah!
Akurlah!
Kehendak rakyat!
Demi keamanan
negaramu sendiri
itulah pejuang
sejati!

Karya:   Ummu Sal  (4.2.2011)
    

Gugurnya Para Syuhada Di Bumi Palestin


Duhai… Rakyat Palestin tersayang
sabarlah dengan dugaan Allah ini
kami di sini dapat merasakan
penderitaan kalian di sana,
kalian tentu dalam keadaan  sangat getir
menghadapi dugaan yang amat berat ini!

Kelaparan…! Kesakitan…!
 Kezaliman rejim zionis ke atas
kalian dan kematian keluarga
tersayang ada di mana-mana…!
Ya Allah…
 Selamatkan rakyat Palestin…
Selamatkan bumi  Palestin
daripada kekejaman Israel.

Kami percaya… Kalian dapat
menghadapi dugaan ini
dengan tenang kerana pasti
 kalian gugur sebagai para syuhada!
Syuga adalah tempat yang layak untuk kalian!
Subhanallah!

Karya:  Ummu Sal (7.6.2010)
           

KAMI PERWIRA DUNIA!


Duhai penghuni dunia…
Dengarlah rintihan kami ini!
Sekarang kami tidak punyai apa-apa.
Kami dizalimi!
Kami diusir di negara kami sendiri…
Kami dalam buangan kini.

Apa salah kami?
Apa dosa kami?
Kami tiada senjata untuk melawan!
Kami tiada kudrat untuk menepis!

Apalah ada pada tenaga warga tua ini?
Apalah ada pada wanita yang lemah ini?
Apalah ada pada kanak-kanak
yang tak tahu apa-apa ini?
Kamu memanglah manusia kejam!
Kamu adalah syaitan yang
mempertopengkan manusia!

Setiap hari…
Setiap minit dan setiap saat…
Kami hidup dalam serba
kepayahan… penderitaan…
penderaan mental dan fizikal!

Suara-suara  teriakkan kami
untuk dikasihani…
Tiada sebesar zahrah pun
boleh meruntun hati si zalim itu!
Kejinya mereka!
Bermaharajalela melakukan kezaliman
ke atas kami yang lemah ini!

Mereka rakus dengan darah
kami yang lemah ini…
Tidak puas dengan segala kezaliman
yang dilakukan mereka mahu
menghapuskan semua  generasi
kami di bumi Palestin ini!

Segala perhubungan darat,
udara dan lautan diputuskan
daripada dunia luar!
Kejamnya kamu Israel!
Kamu adalah manusia
yang tiada berperikemunusiaan!
Namun kami percaya ada
penghuni  di luar sana mendengar
rintihan kami di sini. 
Mereka pasti akan membantu
kami tidak kira daripada
pelosok bumi mana!

Biarpun kamu menzalimi
mereka dan menyekat
dengan segala tipu muslihat kamu…
Mereka akan tetap datang
membantu kami walaupun
terpaksa menggadaikan
nyawa mereka untuk kami!

Terima kasih!
Terima kasih kepada perwira-perwira
kami kerana sudi memberi bantuan
dan menyelamatkan kami yang
dalam kegetiran ini!

Biarpun hajat murni kalian
disekat oleh si durjana  itu tapi
kami di sini amat menghargainya
dan amat terharu!
Kami doakan kalian selamat
dan dilindungi Allah.

Setidak-tidaknya di celah-celah
tembuk kematian ini…
Ada sedikit ruang cahaya
yang menembusi tembuk
kematian ini!

Biarpun  kami  tahu  usia 
kami  tidak  panjang untuk
menunggu bilakah kami
akan dibantu dan diselamatkan
oleh  perwira-perwira  kami,
setidak-tidaknya generasi kami
yang masih berbaki ini masih
ada sinar bahagia menanti mereka.
Tapi ingatlah rejim Zionis!
Siapa pun kamu!
Apapun yang telah kamu lakukan
kepada rakyat kami! Negara kami!
Sampai mati pun kami tidak akan
maafkan kamu!

Kamu sebenarnya manusia
pengecut! Penakut!
Melakukan kekejaman kepada
kami yang lemah dan tidak bersenjata ini!
Kamu manusia yang paling keji!
Tuhan kami akan membalas-Nya!

Kamu  boleh tergelak kerana
telah berjaya meneguk darah
kami tanpa ada belas kasihan…
Penuh dengan keganasan!
Dan kekejaman!
Tapi kamu silap sebenarnya…
Darah kami yang kamu teguk
bagaikan arak itu akan menjadi
racun   buatmu! Akan  tiada
penawarnya untuk mengubati kamu!
itu sumpah kami! Percayalah!

Di luar sana nanti akan datang
berduyun-duyun perwira-perwira
kami akan datang menyelamatkan
kami dan negara kami!

Generasi   kami  yang  ingin kamu
musnahkan di muka bumi Palestin
ini  akan   bangun  menuntut  bela
di atas kematian kami!

Di masa itu barulah kamu tahu siapa
kami sebenarnya!  Kami bukan lemah
sepertimana kamu sangkakan!
Kerana kamilah perwira dunia!

Karya: Ummu Sal
       7 Jun 2010 

PANTUN KUSAYANG NENEK


KARYA:   UMMU SAL

Kusayang nenek sepenuh hati,
Nenekku sayang tempat kubermanja;
Nasihat nenek aku patuhi,
Aku bermanja  hingga remaja.

Nenek sayangku lebih daripada anaknya,
Cemburu mereka tak terkata apa;
Nenek sayangku jangan ditanya,
Mereka cemburu tidak mengapa.

Sarapan pagi dengan keju,
Minum petang roti dengan kaya;
Semasa kecil nenek beliku baju,
Ingin melihat aku berjaya.

Paling cantik di dunia adalah nenekku,
Usia 80an masih bergaya;
Pergi membeli belah bersama nenekku,
Nenekku cantik mereka percaya.

Nenekku seorang berfikiran terbuka,
Cerita dalam dan luar negara semuanya tahu;
Nasihat nenek baik belaka,
Kudengar kujadikan ilmu.

Telatah nenek buatku gembira,
Cerita nenek tak kering gusi;
Aku tergelak amat ketara,
Cerita nenek tak pernah basi.

Nenek sayangku  kusayang nenek,
Nenek terhibur aku gembira;
Sukanya hati bersama nenek,
Hatiku gembira tidak terkira.

Nenek suka melihat pokok bunga,
Di halaman rumahnya bagaikan taman;
Nenek mahu aku hidup berkeluarga,
Mendapat calun suami seorang budiman.

Setiap hari nenek doakanku,
Dapat pasangan yang penyayang;
Apa nak buat sudah nasibku,
Hingga kini tiada sudi yang sayang.

Nenek berpesan banyakkan doa,
Mana tahu ada yang tersangkut;
Gelinya hati tidak terkira,
Kelakar nenek  terikut-ikut

Ya Allah panjangkan usia nenekku,
Agar hajat nenek dapat kupenuhi;
Hajat nenek tidak terbeku,
Pintu hati cinta kuketuk aku syukuri.

Dari dulu hingga sekarang,
Kasihku pada nenek tak pernah berubah;
Kusayang nenek tiada yang melarang,
Kuhadiahkan nenek sehelai  jubah.

Tak akan kupersiakan budi nenek tercinta,
Akan kubalas selagi ada hayat;
Seronoknya mendengar nenek bercerita,
Nenek bercerita hatiku tersayat.

KFC makanan kegemaran nenek,
Aku belanja nenek gembira;
Semasa pergi berjubah manik,
Nenek makan penuh selera.

Di hujung minggu bersiar-siar bersama nenek,
Nenek gembira bukan kepalang;
Sepanjang jalan bercerita bersama nenek,
Kasihkan nenek tak pernah hilang.

Bila berjauhan nenek kurindu,
Bila berdekatan nenek kusayang;
Bahagia hidup bersama nenek,
Sepanjang hayat nenek kusayang.

Hari jadi nenek kuhadiahkan kain batik,
Gembiranya nenek mengucup dahiku;
Kulihat nenek berpakaian cantik,
Dikelilingi dengan anak dan cucu.

Nenek gembira aku pun suka,
Nenek sedih aku pun sedih;
Janganlah nenek suka berduka,
Dukamu nenek hatiku pedih.

Sukanya hati bila bahagia,
Nenek tercinta sihat walafiat;
Kudoakan nenek terus sejahtera,
Hidup bersama sepanjang hayat.

Budi baik nenek tetap kuingat,
Senda gurau nenek melucukan hati;
Kusayang nenek teramat sangat,
Kukasih nenek hingga ke mati.

Kusayang nenek Hajah Fatimah,
Budinya kuingat tidak dilupakan;
Nenekku seorang yang peramah,
Kenangan kita bersama akan kuabadikan.


Karya:    Ummu Sal
          24 Mei 2010


Puisi  Istimewa Untuk  Nenekku  Tersayang

Nenekku sayang…  Hajah Fatimah
kusayangmu tak terkata
kurindumu setiap masa.

Segala budimu kuingat hingga kini.
Lucu kerenahmu menghiburkan hatiku…
Nasihatmu bagaikan mutiara.
Kenangan bersamamu teramat  indah.

Di mana kau berada kusayangmu nenek…
Janganlah nenek berasa risau.
Kusayangmu nenek dari dunia hingga akhirat!
Moga kita tetap bersama di Syurga nanti
Amin Ya Rabbal A’Lamin.


Karya:   Ummu Sal
         24 Mei 2010
              (Bersempena Hari Jadi Nenek Ke-84)
 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©