Saturday, August 27, 2011

PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA





Menteri Belia Dan Sukan menteri produktif,
Menganjurkan program pelbagai aktiviti;
Maju negara kerana belia positif,
Belia cemerlang itulah yang dihajati.

Hari belia disambut penuh gemilang,
Belia gembira pergi ke sana;
Pergi ke sana merebut peluang,
Masa depan tercerna negara terbina.

Program diatur mengikut citarasa belia.
Asalkan belia jadi cemerlang;
Program diatur dikawal selia,
Agar belia terus gemilang.

Setiap 15 Mei Hari Belia Negara.
Untuk memperingati belia berjasa;
Sayangkan belia sayangkan negara,
Pemimpin hargai setiap belia.

Hari ini belia diraikan,
Dalam suasana penuh ceria;
Jasamu belia tidak dilupakan,
Kerana dirimu harapan negara.

Pelbagai program di hari belia,
Hingga belia rasa teruja;
Tiada belia rasa kecewa,
Kerana minat belia semuanya ada.

Wajah belia berseri-seri,
Belia negara raikan hari belia;
Usaha belia tetap dihargai,
Kerana dirimu harapan negara.

Di hari belia mendapat ilham,
Mendapat ilham menjadi ahli belia;
Di usia muda melabur saham,
Agar tak rugi di hari tua.

Bila menjadi ahli belia,
Hidup berubah merebut peluang;
Belia kreatif majulah negara,
Belia cemerlang negara terbilang.

Menteri Belia Dan Sukan banyak idea,
Ingin membangunkan belia Malaysia;
Program dianjurkan dengan jaya,
Cemerlang belia untuk negara.

Belia produktif negara cemerlang,
Usaha dibina atas keringat;
Jasamu menteri takkan hilang,
Ke mana kau pergi terus diingat.

Bertuahnya hidup belia Malaysia,
Sentiasa dihargai oleh kerajaan;
Rebutlah peluang selagi ada,
Pastinya dikau menempa kejayaan.

Negara lahirkan ahli sukan,
Ramai sudah menjadi ternama;
Di mata dunia mengharumkan nama negara,
Pingat dirangkul negara berbangga.

Belia bersukan belia cergas,
Segala aktiviti berjalan lancar;
Belia lemah patut bertegas,
Wajah berseri terus terpancar.

Belia digalak aktif bersukan,
Badan sihat minda cergas;
Mahu berjaya tiada alasan,
Tetapkan matlamat biar jelas.

Belia aktif kerana mendapat sokongan,
Diberi sokongan keluarga dan kerajaan;
Belia lemah terus ada kemajuan,
Diberi galakan juga bantuan.

Belia dan kerajaan saling memerlukan,
Kerana belia tiang negara;
Belia berkualiti lagi berwawasan,
Pastinya cemerlang belia 1Malaysia.

Tanpamu menteri siapalah belia,
Harapan belia terpikul di bahumu;
Jasamu menteri tidak dilupa,
Akan dihargai bila bertemu.

Belia kreatif penentu pembangunan negara,
Negara terus gilang gemilang;
Majulah belia majulah negara,
Tercipta sudah belia cemerlang.

Sukanya hati belia berjaya,
Keluarga tersayang turut gembira;
Semuanya gembira tidak terkira,
Kerana belia harapan negara.


Puisi Belia Harapan Negara

Beliaku…
Negara perlukanmu…
Justeru… Bangunlah dari lenamu…
Sedarlah dari lekamu…
Sedarlah dari lalaimu..
Mari kubimbingmu... Menuju kejayaan!

Jangan ada rasa rendah diri…
Jangan ada rasa kecewa…
Berubahlah demi…
Dirimu… Keluargamu… Negaramu… Pewarismu nanti.

Aku percaya kau boleh berjaya…
Jika semangat kentalmu datang…
Aku menantimu di sini…
Bersama azammu untuk berjaya…
Justeru daftarlah sekarang untuk menjadi ahli belia.
Segalanya akan berubah! Percayalah!
Kerana kau adalah harapan negara!

Karya: Rha NS
15 Mei 2010
(Sempena Hari Belia Negara )

PANTUN BELIA HARAPAN NEGARA DISIARKAN DI YOUTH ONE STOP CENTRE
PENASIHATNYA YBHG DATUK MOHD JEFFRY ROSMAN
MOGA IMPIAN BELIAU UNTUK MEMAJUKAN SABAH DAN BELIA SABAH MENJADI
KENYATAAN AMIN YA RABBAL A'LAMIN
28 Ogos 2011
28 Ramadhan 1432H

0 comments:

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©