Sunday, June 12, 2011

PANTUN ETIQA TAKAFUL


Bismillahhirramanirrahim pembuka kata,
Salam sejahtera para hadirin;
Saya Zana perunding Takaful Etiqa,
Moga fahami saya terangkan.

Etiqa Takaful sudah diyakini,
Maybank rakan kongsi;
Jenama Etiqa Takaful amat berkualiti,
Perkhidmatan diberi setulus hati.

Perkhidmatan Etiqa Takaful tidak perlu disangsi,
Perunding kami sedia berbakti;
Penerangan diberi sepenuh hati,
Perhatian anda amat kami hargai.

Etiqa Takaful bekerja penuh etika,
Kerja profesional meyakinkan ahli;
Hasil diperolehi percayanya mereka,
Demi kerana kepuasan ahli.

Semua orang perlu berasa ihsan,
Begitu juga dengan Etiqa;
Walau di mana sentiasa dikesan,
Mencari waris walau dimana.

Etiqa Takaful membantu mereka ditimpa bencana,
Menghulur bantuan bukan kerana nama;
Melabur saham akhirat ahli jagaannya,
Manfaat diperolehi ahli semuanya.

Etiqa Takaful sentiasa ke hadapan,
Membela ahlinya dengan tulus;
Etiqa Takaful menjamin masa depan,
Perkhidmatan diberi sentiasa ikhlas.

Tiada siapa yang dapat menolongmu,
Kecuali dirimu sendiri;
Dikau senang mereka mendekatimu,
Dikau susah mereka menjauhimu.

Susahmu Etiqa Takaful ambil peduli,
Bahagiamu Etiqa Takaful gembira;
Perkhidmtan yang terbaik daripada kami,
Moga anda sekeluarga sentiasa bahagia.

Hari ini kita sihat,
Esok hari kita tidak tahu;
Duduk hospital sihat walafiat,
Semuanya ditanggung oleh Etiqa Takafulmu.

Setiap manusia ada kehidupan,
Kehidupan sebagai khalifah Allah;
Pelbagai masalah sebagai dugaan,
Amalan ikhlas diterima Allah.

Sebelum ke Sana mesti ada bekalan,
Bekalan akhirat adalah keimanan;
Meninggalkan keluarga dengan aman,
Insya-Allah berjumpa Allah dalam ketenangan.

Datang musibah kita tidak tahu,
Cuma bersedia sebelum terkena;
Etiqa Takaful sedia datang membantu,
Kepada mereka menjadi ahli Etiqa.

Etiqa Takaful mengihsankan hidupmu,
Memberi perlindungan di kala dukamu;
Masalah tiada reda sakit kepalamu,
Meringankan beban tanggunganmu.

Kesempurnaan hidup atas kebijaksanaan,
Kebijaksanaan menguruskan kewangan;
Kehidupan sempurna menjadi idaman,
Etiqa Takaful menyempurnakan kehidupan.

Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan,
Jika bijak semuanya boleh diatasi;
Datang ke Etiqa Takaful boleh dirundingkan,
Berjumpa dengan perunding kami.

Tiada hari tanpa Etiqa,
Kerja berpasukan kami amalkan;
Percaya mempercayai perunding Etiqa,
Kepentingan ahli sentiasa diutamakan.

Kepuasan hati anda matlamat kami,
Memberi perkhidmatan berkualiti tinggi;
Kepercayaan anda kami hargai,
Bahagia dunia akhirat kami doakan.

Terima kasih sudi berurusan dengan kami,
Meluangkan masa mendengar penerangan kami;
Ikatan kita jangan terhenti,
Diperpanjangkan hingga ke akhirat nanti.

Sekian sahaja pantun Etiqa Takaful insani,
Dengan harapan anda terbuka hati;
Kebahagian anda kebahagian kami,
Jalinan talisiraturrahim tidak terhenti.

Karya: Ummu Sal
25 Mei 2011
(Diilhamkan khas untuk Etiqa Takaful dan mereka yang berurusan dengan
Etiqa Takaful moga berjaya dunia akhirat. Amin Ya Rabbal A’ Lamin)

0 comments:

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©