Saturday, March 12, 2011

PANTUN ABDUL RAZAK KHASBULLAH PEMIMPIN IDOLA


PANTUN ABDUL RAZAK KHASBULLAH PEMIMPIN  IDOLA 
Karya:  Ummu Sal

ARK selamat menyambut hari kelahiran,
Moga hidupmu dilimpahi rahmat dari-Nya;
Kau pemimpin yang berwawasan,
Agar terbela nasib rakyatnya.

ARK tidak lupakan pemimpin muda,
Diberi  sokongan seratus peratus;
Generasi muda terus di persada,
Di meja persidangan idea tercetus.

ARK sibuk menabur budi,
Menyemai budi bukan untuk dipuji;
Berkhidmat setulus hati,
Moga budimu Allah berkati.

Apabila  ARK turun padang,
Rakyat gembira tidak terperi;
Masalah rakyat semua dicadang,
Beliau  dengari lagi memahami.

ARK  pemimpin penuh azam,
Bukan untuk mencari publisiti;
Berkawan baik dengan imam,
Iman terjaga  rakyat dihormati.

ARK tersenyum ada  gaya,
Pesakit tengok pasti terhibur;
Bercakap benar rakyat percaya,
Mengerakkan COMBI  adalah wajar.

Bersarapan pagi di warung Jumali,
Keramahan Jumali buat hati terhibur;
ARK bersarapan sambil memerhati,
Keluh kesah rakyat sentiasa didengar.

ARK galakkan generasi muda,
Menjadi peladang moden serba  canggih;
Hasil diperolehi menjadi nyata,
Berpendapatan tinggi mereka bermegah.

Menu hidangan membuka selera,
Teman facebook ARK amat sukai;
Bertalisiraturrahim jalinan mesra,
Moga ARK  menjadi pemimpin diminati.

Gotong royong amalan mulia,
Talisiraturrahim terjalin ikatan mesra;
ARK berbudi tak kira masa,
Menjamu durian semuanya suka. 

Seorang pemimpin hatinya tulus,
Menabur jasa sepenuh hati;
Demi rakyat berkhidmat penuh ikhlas,
Jasamu ARK diingat hingga ke mati.

ARK menghadiri majlis kenduri,
Kenduri tahlil mengingati aruah;
Nikmat hidup ARK syukuri,
Bersyukur rakyat hidup di bumi bertuah.

Bertuah sungguh masyarakat Kg Sijangkang,
Kerana mempunyai pemimpin seperti ARK;
Menabur budi dari dahulu hingga sekarang,
Tak pernah jemu tak pernah riak.

Cincin ARK cantik bersinar,
Sesinar budi yang disemai;
Moga budimu sentiasa benar,
Dibalas Allah di akhirat nanti.

ARK pemimpin bagaikan permata,
Berjiwa patriotik pemimpin disegani;
Bilamana POLIS  bergabung dengan RELA,
Pasti aman Malaysia ini.

Di wajahmu terukir senyuman,
Dibalas senyuman rakyat miskin;
ARK jasamu rakyat tertawan,
Moga  pepimpinanmu jadi teladan.

Setiap peruntukan ARK agih,
Diagih pada yang layak terima;
Yang tak layak jangan terhegeh-hegeh,
Kerana keadilan sama diterima. 

ARK tak jemu menabur budi,
Budi disemai di dunia ini;
Budi baikmu rakyat hargai,
Di akhirat nanti Insya-Allah dituai nanti.

ARK pemimpin idola rakyat,
Pembelaan rakyat sentiasa di hatinya;
Setiap keputusan semuanya sepakat,
Mendapat keberkatan itu  mahunya.

ARK pemimpin serba boleh,
Tun  Dr Mahathir idola ARK;
ARK yakin Malaysia boleh,
Menabur budi untuk masyarakat.

Menteri Pelajaran datang ke  Sungai  Manggis,
ARK sambut penuh gemilang;
Kegemilangan pelajar ibubapa  menangis,
Menangis  kegembiraan anak cemerlang.

Apabila  musim mengundi pilihanraya,
Semua parti ingin menjadi jaguh;
Jaguh rakyat itu jadi pilihannya,
ARK berkempen penuh berhemah.

ARK jadilah pemimpin budiman,
Diredhai  Allah hidup matimu;
Kau berjuang  bukan mengharap balasan,
Hanya kerana Allah Yang Satu.

Karya:  Ummu Sal
6 April 2011
(Bersempena  Menyambut Ulang  Tahun Kelahiran Abdul Razak Khasbullah Ke-51)

0 comments:

Post a Comment

 

BUKU KREATIF PATRIOTIK Karya Ummu Sal Designed by PERKHIDMATAN MINDA KREATIF ©